Monday 13 April 2015

Pahang masih perlukan lebih banyak bilik hotel



“Still not sufficient (thus) we welcome any party who wants to build more hotels (in this state),” kata Menteri Besar.

TANDA PERASMIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menurunkan tanda tangannya pada plak yang disediakan, sebagai kenang-kenangan beliau merasmikan 'resort apartment' bertaraf 5-bintang ini. 

Yang turut memerhatikan ialah Tan Sri Ong (berbaju batik warna perang); Dato' Sri Mohd Sharkar; dan, Encik Andrew (berbaju batik warna biru) - yang juga adik kepada Tan Sri Ong.  


SWISS-GARDEN RESORT RESIDENCES, SUNGAI KARANG, KUANTAN – Akur betapa Pahang masih kekurangan bilik-bilik hotel bagi menampung kedatangan pelancong yang semakin meningkat setiap tahun;

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengajak mana-mana pelabur yang berminat, untuk melabur dengan membina lebih banyak hotel serta bilik-biliknya, di negeri ini.

“Still not sufficient (thus) we welcome any party who wants to build more hotels (in this state),” katanya menjawab soalan wartawan pada persidangan media petang Isnin, 13 April sempena perasmian ‘resort apartment’ bertaraf 5-bintang ini.

Pada tahun lepas (2014) sahaja menurutnya, Pahang menerima kedatngan pelancong kira-kira 9.4 juta orang yang daripadanya, 1.5 juta orang atau 16.7 peratus, ialah ke daerah Kuantan ini.

Dan sepertimana lazim, Genting Highlands menerima kedatangan pelancong tertinggi iaitu seramai 5.8 juta orang atau 62.62 peratus daripada keseluruhan ketibaan pelancong di negeri ini.  
CENDERAHATI BUAT MENTERI BESAR... Tan Sri Ong kelihatan sedang menyampaikan cenderahati kepada Dato' Sri DiRaja Adnan, tanda terima kasih tidak terhingga atas kelapangan masa Menteri Besar itu untuk hadir merasmikan 'resort apartment'nya. 
 

SASARAN 10 JUTA KEDATANGAN PELANCONG

“Dan kita masih perlukan lebih banyak lagi bilik hotel (untuk menampung kedatangan pelancong yang semakin meningkat ini). Sekarang ini (cuma) ada 536 hotel di seluruh Pahang yang menawarkan 28,173 bilik,” katanya lagi.

Kepada soalan tentang sasaran negeri ini kepada jumlah ketibaan pelancong untuk tahun 2015 ini katanya; “If we can reach 10 million (tourists arrivals for this year, then) it is quite an achievement already”.

Dato’ Sri DiRaja Adnan turut diminta mengulas apa yang telah disebutkan dalam ucapan 10-minitnya merasmikan ‘resort apartment’ ini sebentar tadi, termasuk tentang keperluan memelihara hubungan baik majikan-pekerja.  

Dalam pada mengakui pentingnya industri pelancongan termasuk perhotelan, kepada pengwujudan peluang-peluang pekerjaan dan kemudahan, beliau meminta kedua-dua majikan dan pekerja supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik.

“Saya minta supaya pihak hotel tidak menukar-nukarkan atau mengambil-memberhentikan pekerja kerap sangat.

SANTAI BERSAMA, DI TEPI KAWASAN MAINAN KANAK-KANAK... Bersahaja kelihatan Dato' Sri DiRaja Adnan, ditemani Tan Sri Ong; Dato' Sri Mohd Sharkar; dan, Encik Andrew.  
 

MEMELIHARA PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN YANG BAIK

“Sesetengah hotel berbuat demikian untuk pastikan kos pengurusan rendah. Kalau pekerja-pekerja diambil bekerja terdiri daripada orang baru, biasanya gaji rendah.

“Tapi, saya minta tadi supaya hotel-hotel semua, biarlah kita bagikan ada sikit-sebanyak rasa selamat kepada pekerja-pekerja. Mereka bekerja lama… (Jika majikan) ada sikit keuntungan, bagi bonus (kepada pekerja dan) sebagainya.

“Ini (tentunya satu perkara yang) baik untuk industri (perhotelan) dan baik untuk perhubungan perindustrian – hubungan (baik) antara majikan dan pekerja,” katanya.

Beliau seterusnya mengalu-alukan kehadiran konglomerat PJ Development Holdings Bhd di negeri ini menerusi syarikat milik penuhnya, Swiss-Garden International Hotels, Resorts and Inns, yang telah membina dan menguruskan Swiss-Garden Resort Residences ini, serta, Swiss-Garden Beach Resort yang berhampiran.

Diminta mengulas ucapan Pengerusi konglomerat berkenaan, Tan Sri Ong Leong Huat pada majlis perasmian yang sama tadi, khususnya mengenai harapan untuk melaksanakan projek perumahan bagi manfaat golongan menengah dan rendah pula, Dato’ Sri DiRFaja Adnan turut mengalu-alukannya.

BERSIAR-SIAR SEKELILING 'RESORT APARTMENT'... Yang turut menemani Dato' Sri DiRaja Adnan, selain Tan Sri Ong; Dato' Sri Mohd Sharkar; dan, Encik Andrew; ialah Pengurus 'resort apartment' ini, Encik Wan Shahrin Wan Ahmad (dua dari kiri, berbaju batik warna perang juga).
 

PJ DEVELOPMENT HOLDINGS MAHU BANGUNKAN TANAH 405 HEKTARNYA

Menurutnya, PJ Development Holdings Bhd telahpun memiliki tanah seluas 405 hektar (1,000 ekar) bersebelahan Jalan Kuantan-Pekan dengan cadangan untuk memajukannya, bersekali dengan tanah Kerajaan yang berhampiran.

“Kerajaan Negeri akan permudahkan. Saya difahamkan, di sebelah tanah berkenaan ada satu bentuk unjuran panjang tanah Kerajaan (yang) mereka ingin pohon.

“Kita akan tengok kesesuaian. Kalau tidak ada kegunaan Kerajaan, apa salah mereka pohon dan kita (akan luluskan dengan) kenakan premium (bagi perolehan tanah Kerajaan itu) mengikut harga pasaran,” katanya lagi.

Selain Dato’ Sri DiRaja Adnan dan Tan Sri Ong; yang turut hadir pada majlis perasmian ‘resort apartment’ bernilai RM70 juta ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Begitu juga Pengarah Urusan, PJ Development Holdings Bhd yang juga Presiden, Swiss-Garden International Hotels, Resorts and Inns, Encik Andrew Wong; serta Pengarah Eksekutif, Swiss-Garden International Hotels, Resorts and Inns, Encik Ong Ju Zing.

DATO’ ISHAK DAN ENCIK IDROS TURUT HADIR

Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF), Dato’ Ishak Mokhtar; dan, Pengarah, Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Encik Idros Yahya; turut hadir pada majlis perasmian petang Isnin ini.

Dibina di atas tanah seluas 1.9 hektar ini, Swiss-Garden Resort Residences yang setinggi 10-tingkat bagi sayap-sayap timur dan selatannya; mengandungi 264 ‘apartment’ yang termasuk jenis studio dan 2-bilik tidur; 12 rumah bandar (townhouses) serta 12 lot kedai.

Siap dibina pada Oktober lepas, dan mula beroperasi dua (2) bulan kemudian pada Disember; tarikan utamanya ialah taman tema mini yang dinamakan – ‘The Underwater City of Teruntum’.

Kemudahan lain yang turut disediakan ialah sauna, pusat kesihatan, kafe dan restoran, kawasan mainan kanak-kanak, gelanggang mini bola keranjang, selain daripada bilik solat dan tempat letak kereta 5-tingkat.

Daripada 264 ‘apartment’ ini pula, 178 daripadanya diuruskan oleh Swiss-Garden Resort Residences (bakinya, 86 unit, dibeli oleh individu-individu dan diuruskan sendiri) untuk sewaan, dengan setiap unit dilengkapi dengan;

Sebuah televisyen 32” LED bersama-sama dengan 13 saluran HYPP TV; sebuah oven ‘microwave’; peti simpanan; sebuah peti sejuk; capaian kepada ‘high speed Wi-Fi’; serta, kemudahan-kemudahan bilik air dan pembancuh kopi. – Khabar