“Kemenangan hari
ini saya dapati; Yang pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.
“Yang keduanya,
PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding selain itu, mereka telah memberi
kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan
Nasional.
“Yang ketiga,
isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana
isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul;
(tetapi) 80 peratus adalah tidak benar…,” kata Menteri Besar
DEWAN GEMILANG,
SMK SULTAN AHMAD SHAH, TANAH RATA – “Kemenangan hari ini saya dapati; yang
pertama sekali, pengundi bijak memilih calon.
“Yang keduanya,
PAS tidak menawarkan diri untuk bertanding. Selain itu, mereka telah memberi
kerjasama dan menyeru kepada pengundi-pengundi PAS untuk menyokong Barisan
Nasional.
“Yang ketiga,
isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan tidak diterima oleh rakyat kerana
isu yang dibangkitkan itu ialah – kalau saya kata 100 peratus mungkin tak betul;
(tetapi) 80 peratus adalah tidak benar,” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy
Wan Ismail.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas calon Barisan Nasional (BN),
Encik Ramli Mohd Nor diumumkan sebagai pemenang bagi Pilihanraya Kecil (PRK)
P078 Cameron Highlands pada malam Sabtu, 26 Januari di sini.
Encik
Ramli memperolehi 12,038 undi dengan majoriti besar, 3,238 undi (berbanding
Pilihanraya Umum Ke-14 lepas, yang calon BN ketika itu, Dato’ C.Sivarraajh menerima
cuma 597 undi), mengatasi calon-calon lain – Encik M.Manogaran dari Pakatan
Harapan (PH) dengan 8,800 undi; serta calon-calon bebas, Encik Sallehudin Ab
Talib, 314 undi; dan, Encik Wong Seng Yee, 276 undi.
PENGUNDI JADI
SAKSI KEPADA PEMBANGUNAN CAMERON HIGHLANDS
Berikut
disiarkan secara ‘verbatim’ apa yang telah diperkatakan lagi oleh Dato’ Sri Wan
Rosdy pada pertemuan dengan wartawan-wartawan berkenaan;
“Sebagai contoh,
mereka kata tidak ada pembangunan di Jelai dan Tanah Rata. Sedangkan rakyat,
pengundi-pengundi di Cameron Highlands boleh melihat sendiri pembangunan yang
berlaku.
“Sebagai
contohnya perumahan untuk Orang Asli di Sungai Ruil. Kerajaan Barisan Nasional
ketika itu memberi peruntukan sebanyak RM44 juta. Kemudian jalan ke Pos Sinderut
yang sepanjang 35 KM – kita mendapat peruntukan hampir RM40 juta.
“Jalan untuk datang
ke Cameron Highlands ini. Kalau dulunya kita terpaksa melalui Tapah, melalui
Perak; melalui Gua Musang; tetapi Kerajaan Barisan Nasional membuat jalan dari
Raub-Sungai Koyan-Ringlet-Tanah Rata.
“Jadi, apabila
tuduhan mengatakan bahawa tidak ada pembangunan, rakyat tidak yakinlah. Dan mereka
nampak bahawa di sebelah sana cuba memainkan isu-isu yang tidak betul.
PENGUNDI BIJAK
MENILAI
“Kemudian
tuduhan mereka mengatakan bahawa Kerajaan Negeri berhutang banyak. Sedangkan
tuduhan ini tak betul. Perkara ini telahpun diselesaikan dan kitapun telah
berbincang dengan Kerajaan Persekutuan.
“Banyak lagilah
perkara-perkara yang mereka kata yang tidak boleh diterima oleh pengundi. Jadi pengundi
menilai dengan bijak dan mereka merasakan bahawa janji ataupun tuduhan, isu-isu,
yang dibangkitkan itu adalah tidak relevan, tidak mempengaruhi mereka dan
adalah tidak benar.
“Selain daripada
itu, sampingan sebagai contoh, mereka gagal menunaikan (janji-janji) dalam
manifesto merekalah, setelah sembilan (9) bulan menjadi kerajaan, dan banyak
lagilah”.
Beliau
juga berkata betapa, “Kejayaan inipun
bukan kejayaan saya seorang. Ia adalah kejayaan sebagai satu pasukan. Saya tak
boleh kerja seorang. Ada yang kata, ini sebab Dato’ Wan sebagai Pengarah (Pilihanraya)
sebagainya.
“Yang sebenarnya
sebab jentera, bantuan daripada semua pihak, kemudian banyak lagi yer… Bantuan
daripada Dato’ Najib; sumbangan beliau untuk membantu di dalam pilihanraya ini
ada”.
KEMENANGAN
BERASASKAN PELBAGAI FAKTOR
Mengenai
kemungkinan ‘troll’ yang sering dilakukan oleh Dato’ Sri Mohd Najib terhadap
Kerajaan Pakatan Harapan dalam laman sosialnya pula, kata Dato’ Sri Wan Rosdy;
“Ada memainkan
peranan. Sejauh mana pentingnya itu saya tak dapat nak nilailah yer. Hanya yang
boleh saya katakan bahawa, kejayaan Barisan Nasional ini adalah pelbagai faktor,
bukan ‘single factor’.
“Banyak lagi
faktor-faktornya kalau boleh saya rumuskan – PAS tidak meletakkan calonnya;
jentera kita yang bekerja kuat; kemudian tuduhan-tuduhan pembangkang yang tidak
berasas; pembangunan yang ada di Jelai dan juga di Tanah Rata; banyak, banyak
sumbangan.
“Itu yang menyebabkan
kita menang. Contohnya, kalau kita buat gulai karilah kan. Kalau kita buat kari
tak ada ikan, tak jadi. Kalau kita tak letak gulapun tak jadi. Jadi ramuan
itulah yang menyebabkan kita menang”.
Kepada
soalan tentang bagaimana pada PRK ini telah turun beberapa ‘heavyweight’
daripada Pakatan Harapan sepertimana Perdana Menteri sendiri, Tun Dr Mahathir
Mohamad, begitu juga dengan Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Menteri-menteri Kabinet
namun PH tetap gagal, katanya;
SOAL TANAH IALAH
‘STATE MATTER’
“Kerana, tak ada
isu yang besar. Malahan isu yang dimainkan itu rakyatpun, pengundipun tahu. Sebagai
contohnya mereka mengatakan soal tanah. Soal tanah adalah ‘state matter’.
“Kemudian soal
hutang negeri. Ini telahpun dijelaskan dan telahpun diselesaikan dan telahpun
dibincangkan. Bukan satu isu baru.
“Jadi saya
fikir, apabila pengundi melihat ini, pengundi sendiri merasakan bahawa Pakatan
Harapan tidak ada isu dan tidak ada sesuatu yang baru.
“Sedangkan bagi
pihak Barisan Nasional, di Pahang ini kita Kerajaan; dan mereka dapat melihat
bahawa kita secara konsisten cuba membantu membuat yang terbaik untuk rakyat.
“Dan saya fikir,
rakyat boleh menilai, memikirkan – di satu pihak hanya menyatakan isu-isu lama,
perkara-perkara lama, perkara yang telahpun dibincangkan dan mereka rasa tidak berjaya,
tidak boleh mempengaruhi pengundi.
YB AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS KITA... 'The newly-minted YB'.
PENGELUARAN PERMIT PENGGUNAAN TANAH
“Sedangkan di
satu pihak yang lain yakni Barisan Nasional, mereka dapat melihat dan merasakan…
Saya bagi satu contoh, pengeluaran permit penggunaan hutan di mana perkara ini,
Kerajaan Negeri telah memberi penekanan yang serius untuk membantu
penanam-penanam, pekebun sayur.
“Sebab tanah ini
ialah satu perkara yang sensitif. Perkara ini telahpun dilaksanakan (selama ini)
dan bukannya ada kaitan dengan pilihanrayapun.
“Dan ianya akan
terus dilaksanakan untuk masa-masa yang akan datang jika kita fikirkan ada
tanah yang sesuai, ada faedah untuk rakyat, untuk mereka bercucuk tanam untuk
mencari makan, dan sebagainya”. – Khabar