Thursday 24 January 2019

Daulat Tuanku!


Sembah Tahniah atas pemilihan sebagai SPB Yang Dipertuan Agong Ke-16



POSTER YANG DI'POST'KAN DALAM LAMAN 'FACEBOOK' MENTERI BESAR...


TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyembahkan ucapan setinggi-tinggi tahniah ke sisi KDYMM Sultan Pahang atas pemilihan dan pelantikan Baginda sebagai SPB Yang Dipertuan Agong Ke-16.

Berikut disiarkan kenyataan media beliau sepenuhnya;

“Bagi pihak Kerajaan Negeri serta rakyat-jelata sekalian, Patik mengutuskan setinggi-tinggi sembah tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas pemilihan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-16.

“Sesungguhnya Patik, pacal-pacal sekalian bersyukur dan teramat bangga dengan pemilihan ini, yang telah disempurnakan pada mesyuarat khas Majlis Raja-raja Melayu pagi tadi.

“Patik penuh berkeyakinan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan dapat memikul tanggungjawap ini dengan jaya dan cemerlang.

“Seterusnya, dapat membawa kejayaan yang lebih gemilang kepada negara Malaysia yang tercinta, insyaAllah”.


Sembah Takzim daripada,

Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail,
Menteri Besar Pahang. 



– Khabar