… calon kita – Encik Ramli Mohd Noor berdepan calon PH dari DAP, serta dua calon Bebas.
SMK SULTAN AHMAD
SHAH, TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS – Calon Barisan Nasional (BN) kita –
Encik Ramli Mohd Noor menghadapi pertandingan 4-penjuru pada Pilihanraya Kecil
(PRK) Parlimen kawasan Cameron Highlands pada 26 Januari ini.
Beliau
ditentang oleh calon Pakatan Harapan (PH) dari DAP, yang juga Timbalan
Pengerusi DAP Pahang, Encik M.Manogaran, serta dua (2) calon Bebas iaitu bekas
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Encik Sallehudin Ab Talib, dan pekebun, Wong
Seng Yee.
Pegawai
Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah, Dato’ Ishak Md Napis mengumumkan
ini pada Sabtu, 12 Januari kira-kira 10.35 pagi, setelah tempoh penamaan calon
yang bermula pada 9 pagi tutup jam 10 pagi.
Tan
Sri M.Kayveas yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk turut menyertai sebagai
calon pada PRK ini bagaimanapun tidak berbuat demikian. Beliau yang masih
mendakwa dirinya sebagai Presiden MyPPP memberitahu wartawan yang beliau kini
akan menyokong calon PH.
PRK
ini diadakan ekoran keputusan Mahkamah Pilihanraya pada 30 November lepas yang
membatalkan kemenangan penyandang dari BN, Dato’ C.Sivarraajh yang memenanginya
pada Pilihanraya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas.
CALON KITA DALAM PERARAKAN... Selain Dato' Sri Mohamad Hasan dan Dato' Sri Wan Rosdy, yang turut sama berarak ke pusat penamaan calon ini ialah Dato' Ir Iskandar (kiri sekali berbaju hijau).
PEMIMPIN PAS
TURUT HADIR
Pada
PRU itu, Dato’ Sivarraajh menang pertandingan 5-penjuru dengan majoriti cuma 597
undi, memperolehi 10,307 undi; menewaskan Encik Manogaran yang masih mencuba
kali ini, dengan 9,710 undi.
Calon-calon
lain ialah Wan Mahadir Wan Mahmud dari PAS, 3,587 undi; Encik B.Suresh dari
Parti Sosialis Malaysia (PSM), 680 undi; dan Encik Mohd Tahir Kassim dari Berjasa,
81 undi.
Parlimen
kawasan Cameron Highlands yang turut merangkumi Dewan Negeri-Dewan Negeri Jelai
dan Tanah Rata ini mempunyai 32,105 pengundi yang daripadanya 10,752 (33.49
peratus) ialah Melayu; 9,467 (29.49 peratus) ialah Cina; 7,050 (21.95 peratus)
ialah Orang Asli; dan 4,836 (15.06 peratus) ialah India.
Selain
pemimpin-pemimpin BN Pusat dan Negeri seperti Pengerusinya, Dato’ Sri Mohamad
Hasan dan Pengerusi BN Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri
Besar;
Yang
turut hadir ialah pemimpin-pemimpin PAS Pusat dan Negeri seperti Naib Presiden PAS, Dato' Ir Iskandar Abdul Samad; Setiausaha
Agungnya, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Encik Andansura
Rabu.
TIADA ‘RESISTENCE’
PILIH CALON
Di
pihak PH pula, antara yang turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Encik Lim
Guan Eng; Timbalan Presiden PKR, Dato’ Sri Azmin Mohd Ali yang juga Menteri
Besar Selangor.
Dato’
Sri Wan Rosdy yang ditemui oleh wartawan-wartawan portal berita MalaysiaKini
dan Free Malaysia Today (FMT) telah mengulas dengan tenang kepada pelbagai
soalan yang dikemukakan.
Antaranya
termasuklah tentang pertama kalinya, calon BN dari dalam kalangan Orang Asli
dan pula tidak menganggotai mana-mana parti komponen tetapi diterima terus sebagai
calonnya.
Lalu
ditanya tentang tidak adakah ‘resistence’ atau bantahan daripada parti-parti
komponen sedia ada, terhadap pencalonan tersebut?
“Tak ada,” Dato’ Sri Wan
Rosdy jawab spontan. “Sebab, kita
hendakkan calon yang boleh menang. Sekarang ini ahli-ahli parti semua dah cukup
matang. Sekarang ini, kita bukan letak calon yang parti hendak, tetapi calon
yang pengundi hendak,” katanya.
ANALOGI TENTANG
APA YANG ‘SUIT’/SESUAI DENGAN KEHENDAK RAKYAT
“Kita (pemimpin-pemimpin
dan ahli-ahli BN) mempunyai kematangan, berfikir secara bersama dan kita pastikan
bahawa calon yang kita cadang itu adalah yang boleh menang dan disukai oleh
pengundi.
“Itu (sahaja) yang
boleh kita lakukan. Selebihnya, kita serah kepada rakyat atau pengundi. Tetapi,
tentulah kita hendak serahkan kepada pengundi, calon yang pengundi suka,” katanya lagi.
Dato’
Sri Wan Rosdy seteruasnya memberi analogi bagaimana; “Kalau ‘I’ nak ajak ‘you’ makan (dan) ‘I’ tahu ‘you’ suka Kentucky Fried
Chicken (KFC) tetapi ‘I’ bawa ‘you’ pergi makan gulai tempoyak patin – ia tak ‘suit’
dengan ‘you’ punya kehendak.
“Jadi, calon
yang kita (BN) bagi inipun adalah ‘suit’ dengan kehendak rakyat atau pengundi”.
Beliau
turut ditanya tentang pengundi Orang Asli yang menurutnya, Orang Asli di kawasan
Dewan Negeri Jelainya sendiri telah melihat pembangunan yang telah dibawa oleh
Kerajaan BN, dan ianya telah terbukti.
FALSAFAH – ‘TIADA
JANJI, LIHAT BUKTI’
“Dan ‘philosophy’
saya, ‘tagline’ saya - ‘Tiada janji, lihat bukti’. Sebagai contohnya di Pos
Sinderut dulu, (berbanding sekarang yang su)dah ada jalan. Di Pos Betau, dulu
12 jam bekalan elektrik, sekarang 24 jam.
“Sesetengah
tempat tak ada Dewan (Orangramai tetapi kini su)dah ada Dewan. Kalau di
(Sungai) Koyan, (kini sudah) dapat masjid baharu (Masjid Sultan Ahmad Shah),” tegas Dato’ Sri
Wan Rosdy lagi. – Khabar