Saturday 5 January 2019

Orang Asli di Pahang terus dapat pembelaan Kerajaan Negeri BN


“Luas keseluruhannya dengan itu ialah kira-kira 24,686.06 hektar, atau jika mahu dibuat perbandingan ialah besar sedikit daripada keluasan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (seluas 24,346 hektar),” kata Menteri Besar. 

Keluasan tersebut (24,686.06 hektar) ialah berkenaan Tanah Rizab Orang Asli meliputi 7,156.53 hektar yang telah diwartakan; 8,958.17 hektar telah mendapat kelulusan MMK Negeri; dan, 8,571.36 hektar lagi ialah dalam proses permohonan.

MEMAKAIKAN JAKET KESELAMATAN... Tatkala hadir pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Orang Asli Pos Pantos, Lipis pada petang Jumaat, 4 Januari. Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Lipis, Dato' Mohd Hafizi Ibrahim (berdiri, dua dari kiri).    


Alamaya, INDERA MAHKOTA 5, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Masyarakat Orang Asli di negeri ini terus mendapat pembelaan Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional dengan antara lain pengwartaan sebagai Tanah Rizab Orang Asli seluas 7,156.53 hektar;

Manakala, 8,958.17 hektar lagi telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk pengwartaan; dan lagi 8,571.36 hektar dalam proses permohonan untuk mendapat kelulusan.

“Luas keseluruhannya dengan itu ialah kira-kira 24,686.06 hektar, atau jika mahu dibuat perbandingan ialah besar sedikit daripada keluasan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (seluas 24,346 hektar),” kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata demikian pada ‘entry’ terbaharu pagi Sabtu, 5 Disember dalam laman sosial ‘Facebook’nya – Wan Rosdy bin Wan Ismail, di bawah tajuk ‘Penduduk Orang Asli di Pahang terus dapat pembelaan Kerajaan Negeri BN’.

“Oleh itulah diharapkan, penduduk Orang Asli di negeri ini khususnya, akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri pimpinan BN yang ada, yang ditunjangi oleh UMNO. 

DALAM UCAPAN BERSAHAJANYA... 


RPS ORANG ASLI WUJUD SEJAK 1980 LAGI

“Dengan sokongan yang berterusan ini, insyaAllah, akan ada lebih banyak lagi usaha Kerajaan Negeri lakukan demi kehidupan yang sejahtera penduduk minoriti Orang Asli sekalian,” katanya.

Selain itu, beliau juga menyebut tentang pertempatan-pertempatan Orang Asli yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan BN sebelum ini, demi kesejahteraan hidup sosio-ekonomi mereka.

Sejak tahun 1980 lagi katanya, Kerajaan Persekutuan BN telah memulakan pembinaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dan kini wujudlah 17 RPS seluruh negara, tujuh (7) daripadanya sahaja terletak di negeri Pahang.

Ketujuh-tujuh RPS tersebut ialah RPS Betau dan RPS Terisu dalam Parlimen kawasan Cameron Highlands; RPS Kedaik, RPS Buluh Nipis dan RPS Bukit Serok dalam Parlimen kawasan Rompin; RPS Runchang dalam Parlimen kawasan Pekan; dan, RPS Iskandar dalam Parlimen kawasan Bera. 
  
Berikut disiarkan sepenuhnya apa yang telah dikatakan oleh Dato’ Sri Wan Rosdy, yang telah turut diamanahkan sebagai Pengarah Pilihanraya BN bagi menghadapi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen kawasan Cameron Highlands 26 Januari ini.  

SINGGAH MAKAN ALA KAMPUNG... Pada petang Jumaat yang sama juga, Dato' Sri Wan Rosdy masih sempat singgah di kedai makan di Kuala Medang sambil menikmati juadah yang disediakan. 


KOMEN SUSULAN GAMBARAN NEGATIF
   
“Sukacita saya jelaskan beberapa perkara berkaitan masyarakat Orang Asli khususnya di negeri Pahang ini. 

“Ini ialah susulan kepada gambaran negatif yang cuba diberikan oleh sesetengah pihak, kononnya Kerajaan Persekutuan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tidak berbuat sepatutnya demi membantu mereka. 

“Daripada segi yang asas seperti tempat tinggal misalnya, sejak tahun 1980 lagi yakni di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) (1976 -1980), Kerajaan Persekutuan BN telah memperkenalkan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang melibatkan masyarakat Orang Asli seluruh negara. 

“Selain bertujuan untuk membendung anasir subversif seperti komunis, RPS juga diperkenalkan untuk mengumpul Orang Asli ke satu kawasan yang disediakan kediaman dilengkapi prasarana asas, dan juga projek ekonomi seperti program tanaman komersil – kelapa sawit dan getah. 

“Sebanyak 17 RPS diwujudkan dan yang terbanyak ialah di Pahang, tujuh (7) buah meliputi RPS-RPS Betau dan Terisu dalam Parlimen kawasan Cameron Highlands; Kedaik, Buluh Nipis dan Bukit Serok di Rompin; Runchang di Pekan; dan, Iskandar di Bera. 

MENJENGAH DAN MENZIARAH, SAMBIL BERMESRA... Dato' Sri Wan Rosdy kelihatan sedang menyatakan sesuatu perihal anak kecil bersama ayahnya. Yang turut kelihatan ialah kedua-dua pegawai kanan Menteri Besar - Setiausaha Sulit Kanan, Dato' Mohd Yusli Ibrahim Mohd Yunus (dua dari kiri), dan Setiausaha Politik, Dato' Tajul Razi Abdul Aziz. 


SUNGGUHPUN MINORITI, KEBAJIKAN DAN HAK ORANG ASLI TERUS TERPELIHARA

“RPS ini ialah selain daripada 257 lagi buah Kampung Orang Asli yang turut dibantu di negeri ini, yang menjadi tempat menghuni kira-kira 78,636 orang daripada kira-kira 17,982 keluarga atau Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di negeri ini.  

“Jumlah ini (78,636 orang) ini ialah hanya kira-kira 5.24 peratus daripada keseluruhan penduduk Pahang yang seramai 1.5 juta orang. Ia juga kira-kira sekali ganda jumlah penduduk daerah Cameron Highlands yang seramai 39,471 orang.

“Sungguhpun jumlah ini kecil lalu tergolong sebagai golongan minoriti, kebajikan mereka apatah lagi hak-hak mereka, terus terpelihara di bawah Kerajaan Persekutuan BN terdahulu, apatah pula Kerajaan Negeri Pahang yang masih di bawah pimpinan BN ini. 

“Paling asas, masyarakat Orang Asli secara terus-menerus dilibatkan sama dalam program-program pembangunan sosio-ekonomi setempat terutamanya yang berkaitan dengan tanah dan pertanian. 

“Daripada segi rizab tanah Orang Asli pula, Kerajaan Negeri Pahang sendiri sehingga kini, telahpun mewartakan seluas 7,156.53 hektar di seluruh negeri di bawahnya (Rizab tanah Orang Asli). 

PADA MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI POS BETAU PULA... Majlis ini pula ialah pada pagi Sabtu, 5 Januari. Yang turut mengiringi Dato' Sri Wan Rosdy ialah isteri, Datin Sri Burhah Mohammed (duduk, kiri sekali). 


TERUSKAN BERI SOKONGAN KEPADA BN

“Yang telah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pula – tetapi belum diwartakan lagi; ialah seluas 8,958.17 hektar, manakala dalam proses permohonan untuk kelulusan seterusnya untuk diwartakan ialah kira-kira 8,571.36 hektar. 

“Luas keseluruhannya dengan itu ialah kira-kira 24,686.06 hektar, atau jika mahu dibuat perbandingan ialah besar sedikit daripada keluasan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (seluas 24,346 hektar).  

“Oleh itulah diharapkan, penduduk Orang Asli di negeri ini khususnya, akan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri pimpinan BN yang ada, yang ditunjangi oleh UMNO. 

“Dengan sokongan yang berterusan ini, insyaAllah, akan ada lebih banyak lagi usaha Kerajaan Negeri lakukan demi kehidupan yang sejahtera penduduk minoriti Orang Asli sekalian”. 


SESI FOTO BERKUMPULAN... Senyum semua. Sesi foto berkumpulan yang tentunya akan menjadi kenang-kenangan buat semua. – Khabar