Friday 24 April 2020

Enam (6) lagi inisiatif Fasa 4 pula, bantu rakyat terkesan teruk PKP


… menjadi kesemuanya 28 inisiatif dengan implikasi kewangan RM24.999 juta, melibatkan kira-kira 101,894 Ketua Isi Rumah atau kira-kira 27.89 peratus daripada kesemua 365,800 Ketua Isi Rumah di negeri ini.

MUNCUL DALAM BULETIN UTAMA TV3 PADA MALAM SELASA, 21 APRIL...

RAKAMAN PADA PETANG SELASA, 21 APRIL DI HALAMAN RUMAH MB... 


NOTA EDITOR ;

Begitu mengambil beratnya Kerajaan Negeri terhadap nasib dan kebajikan rakyat-jelata khususnya yang terkesan teruk dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak pandemikCOVID-19, Kerajaan Negeri telah mengumumkan enam (6) lagi inisiatif bagi membantu meringankan sedikit-sebanyak beban yang mereka tanggung.

Dengan enam (6) inisiatif terbaharu ini yang menjadikan 28 inisiatif kesemuanya, ia melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM24.999 juta, dengan kira-kira 101,894 Ketua Isi Rumah atau Ketua Keluarga penerima. Jika satu (1) keluarga penerima itu purata anggotanya ialah empat (4) orang maka sebenarnya, ia dimanfaati oleh kira-kira 407,576 orang!

Berikut disiarkan sepenuhnya Kenyataan Media oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail sepertimana disiar-edarkan kepada media-massa pada Rabu, 22 April lepas.


KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR PAHANG


Sukacita saya umumkan enam (6) lagi inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak pandemik COVID-19 di Pahang.

Keenam-enam inisiatif ini ialah –

1) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 2,400 veteran tentera berpencen tanpa gaji dan menjadi ahli Persatuan Veteran Tentera Negeri Pahang.

Nilai peruntukan ialah RM360,000.

2) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 600 bekas polis yang menjadi ahli Persatuan Bekas Polis Pahang.

Nilai peruntukan ialah RM90,000.

3) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 anggota sukarela Rejimen 505 Askar Wataniah.

Nilai peruntukan ialah RM45,000.

4) Sumbangan tunai RM100 dan barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 nelayan tidak berlesen.

Nilai peruntukan ialah RM45,000.

5) Barangan keperluan dapur bernilai RM50 seorang kepada 300 penerima sepertimana dipohon oleh beberapa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO).

NIlai peruntukan ialah RM15,000.

6) Sumbangan kepada pengurusan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) kerana menanggung perbelanjaan makan-minum 60 pelajar anak Pahang yang kekal tinggal di rumah-rumah sewa.

Nilai peruntukan ialah RM20,000.

NIlai peruntukan bagi keenam-enam inisiatif terbaharu di bawah Fasa Ke4mpat ini ialah RM575,000.

Dengan ini menjadikan keseluruhan 28 inisiatif Kerajaan Negeri perkenalkan dan laksanakan iaitu lapan (8) inisiatif diumumkan pada 23 Mac di bawah Fasa 1; lima (5) inisiatif diumumkan pada 30 Mac di bawah Fasa 2; sembilan (9) inisiatif diumumkan pada 8 April di bawah Fasa 3; dan enam (6) lagi inisiatif diumumkan hari ini di bawah Fasa 4.

Nilai peruntukan serta implikasi kewangan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri untuk kesemua 28 inisiatif ini ialah RM24.999 juta atau kira-kira 3.37 peratus daripada Bajet Negeri Pahang 2020 sebanyak RM739.89 juta.

Jumlah penerima keseluruhannya melibatkan kira-kira 101,894 Ketua Isi Rumah atau kira-kira 27.89 peratus daripada kesemua 365,800 Ketua Isi Rumah di negeri ini.

Adalah diharapkan, kesemua 28 inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan berkesan seterusnya membantu rakyat yang terkesan teruk dengan PKP dalam usaha membendung penularan wabak pandemikCOVID-19 ini, In Sya Allah.    


YAB Dato’ Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang
22 April 2020 – Khabar