TURUN PADANG, 'ON TOP OF THINGS' DEMI PASTIKAN PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19 DIBENDUNG, RAKYAT TERKESAN PKP TERJAGA KEBAJIKAN MEREKA... Foto ini dirakam semasa Dato' Sri Wan Rosdy meninjau sekatan yang dilaksanakan di bahagian jalan menghala ke Teluk Chempedak, Kuantan.
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Kerajaan Negeri hari ini mengemukakan sembilan (9) lagi inisiatif bagi
membantu golongan yang terkesan dengan penularan wabak pandemik COVID-19
termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.
Dengan
sembilan (9) lagi inisiatif terbaharu di bawah Fasa Ketiga ini, menjadikan
keseluruhannya 22 inisiatif dengan peruntukan RM21.404 juta dan melibatkan
lebih 136,074 penerima.
Berikut
disiarkan sepnuhnya Kenyataan Media Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail sepertimana edar-siar dilakukan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar kepada
Menteri Besar tengah hari Rabu, 8 April ini.
KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR
PAHANG
1)
Sukacita saya umumkan sembilan (9) lagi inisiatif yang Kerajaan Negeri
putuskan, demi membantu golongan yang terkesan dengan tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19.
2)
Kesembilan-sembilan inisiatif ini ialah di bawah Fasa 3 setelah 13 inisiatif
diperkenal dan dilaksanakan sebelum ini iaitu di bawah Fasa 1, melibatkan lapan
(8) inisiatif sepertimana telah saya umumkan pada 23 Mac 2020, dan di bawah
Fasa 2 dengan lima (5) inisiatif yang telah saya umumkan pada 30 Mac 2020.
3)
Kesemua sembilan (9) inisiatif terbaharu ini ialah –
i)
Sumbangan masing-masing
1,500 kampit beras 5 kg setiap kampit, kepada pemimpin masyarakat di 14 kawasan
Parlimen di Pahang yang akan melibatkan 21,000 orang penerima (1,500
kampit/penerima X 14 kawasan Parlimen) dengan nilai keseluruhannya, RM304,500.
ii) Sumbangan tunai
RM100 dan barangan keperluan bernilai RM50 kepada seramai 426 orang yang dalam
kalangan Pemandu Pelancong Semulajadi Taman Negara, Pemandu Pelancong Biasa dan
Pemandu Bot Pelancong Taman Negara.
Nilai peruntukan
keseluruhannya untuk golongan berkaitan pelancongan ini ialah RM63,900.
iii) Barangan
keperluan bernilai RM50 kepada 3,500 Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah Program
Ziarah Prihatin. KIR yang terlibat ialah dalam kalangan mereka dikuarantin di
rumah masing-masing yang di bawah kategori Pesakit Di bawah Pemantauan (PUS;
Patient Under Surveillance).
Nilai peruntukannya
pula ialah RM175,000.
iv) Sumbangan tunai RM100
dan barangan keperluan bernilai RM50 kepada 70 buah Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda seluruh Pahang melibatkan 3,500 orang
penerima.
Nilai peruntukan ialah
RM525,000.
v) Sumbangan tunai
RM100 dan barangan keperluan bernilai RM50 kepada 62 buah Jawatankuasa Kemajuan
dan Kesalamatan Kampung Baharu (JKKKB) melibatkan 3,100 orang penerima.
Nilai peruntukan ialah
RM465,000.
vi) Sumbangan tunai
RM150 kepada 650 mahasiswa/I anak Pahang yang kekal tinggal di asrama kampus
masing-masing ekoran akur kepada PKP.
Nilai peruntukan untuk
maksud ini ialah RM97,500.
vii) Sumbangan
barangan keperluan bernilai RM200 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) bagi
kawasan yang diperketatkan kawalan pergerakan dan sukar mendapatkan bekalan
makanan. Jumlah terlibat dipuratakan 200 KIR setiap 11 daerah bersamaan 2,200
KIR di seluruh Pahang.
Nilai peruntukan ialah
RM440,000.
viii) Sumbangan
sebagai bantuan pengurusan sebanyak RM5,000 kepada setiap 11 Pusat Kawalan
Operasi Bencana (PKOB) Daerah bagi menguruskan pembekalan dan pengagihan
barangan keperluan kepada KIR sepertimana di atas.
Nilai peruntukan ialah
RM55,000.
ix) Sumbangan RM30,000
sebagai membantu usahawan mikro ‘E-Hailing’ khususnya di Kuantan yang terkesan
teruk dengan PKP.
4)
Nilai peruntukan keseluruhannya bagi kesembilan-sembilan inisiatif terkini ini
ialah RM 2.156 juta, serta melibatkan lebih 34,376 orang penerima.
5)
Dengan sembilan (9) inisiatif terbaharu di bawah Fasa 3 ini, dicampurkan dengan
13 inisiatif di bawah Fasa 1 dan Fasa 2 sebelum ini menjadikan keseluruhan
nilai peruntukan untuk kesemua 22 inisiatif yang Kerajaan Negeri perkenal dan
laksanakan setakat ini ialah sebanyak RM21.404 juta, serta melibatkan lebih 136,074
orang penerima.
6)
Semoga dengan kesemua 22 inisiatif ini akan dapat membantu sedikit-sebanyak
rakyat-jelata yang dalam kalangan pelbagai kaum, usia dan kerjaya, yang terjejas
dengan tempoh PKP yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac yang kini dilanjutkan
kepada 14 April.
7)
Sukacita juga saya umumkan bayaran pendahuluan RM500 kepada 1,027 Imam Kariah
di seluruh Pahang. Ini ialah sebahagian daripada RM1,000 Bayaran Khas ‘One Off’
yang turut terkandung dalam Belanjawan Negeri 2020 ketika pembentangannya pada
Persidangan Dewan Negeri tahun lepas.
Para
pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kini sedang giat menguruskan soal
semakan dan pembayarannya. Sehubungan itu, pembayaran akan dibuat
berperingkat-peringkat bermula Khamis, 9 April
8)
Mengambil kesempatan ini, sekali lagi saya sarankan agar rakyat sekalian akan
terus patuh kepada segala arahan PKP yang dengannya diharapkan, dapatlah kita
sama-sama membendung penularan wabak pandemik COVID-19 ini, In Sya Allah. –
Khabar