“Selain boleh terus
melaksanakan tuntutan mengeluarkan Zakat Harta dalam tempoh PKP, mereka juga
termasuk petugas bertugas PKZ Pahang, dapat turut membantu dalam usaha
membendung penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini, In Sya Allah,” kata
Menteri Besar.
KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR
PAHANG
Syarat dan
tatacara bayaran Zakat Harta di Pahang dalam tempoh PKP
Dalam
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak
pandemik COVID-19 ketika ini, Kerajaan Negeri turut bersetuju dengan
syarat-syarat dan tatacara bagi pembayaran Zakat Harta sepertimana disediakan
oleh Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang.
Syarat
utama di bawah syarat-syarat dan tatacara itu ialah, segala bayaran Zakat Harta
hendaklah dilakukan secara atas talian menerusi –
ii)
FPX (Financial Process Exchange) PKZ.
iii)
Perbankan Internet melalui 12 bank terpilih.
iv)
PahangGo – melalui Kad Kredit, Kad Debit & E-Wallet.
Bagi
yang tidak mempunyai kemudahan atau tidak berkemampuan membuat bayaran secara
atas talian –
1)
Bayaran Zakat Harta boleh dilakukan di premis/kediaman pembayar sendiri tetapi untuk
yang terpilih sahaja seperti pembayar dalam kalangan berusia dan uzur.
2)
) Pembayar digalakkan membuat taksiran Zakat Harta terlebih dahulu dengan
menghubungi pegawai bertugas PKZ Pahang atau penggunaan ‘calculator’ di portal
rasmi PKZ Pahang di alamat www.zakatpahang.my.
3)
Pembayar boleh membuat temujanji dengan pegawai bertugas PKZ Pahang di setiap
daerah untuk menerima pembayaran Zakat Harta di premis/kediaman pembayar.
4)
Pegawai bertugas PKZ Pahang hendaklah mengambil maklumat bayaran lengkap pembayar.
5)
Pegawai bertugas PKZ Pahang yang ditugaskan ke premis/kediaman pembayar mestilah
mematuhi langkah-langkah berikut –
a)
Menjaga Penjarakan Sosial dan mematuhi langkah-langkah pelindungan diri.
b)
Sentiasa membawa bersama/memakai penutup mulut dan hidung, serta ‘hand
sanitizer’.
c)
Meminimumkan masa urusan bersama pembayar.
d)
Tidak dibenarkan bersalaman dengan pembayar.
e)
Pembayar hanya dibekalkan Resit Sementara. Resit Rasmi pembayaran akan diposkan
kepada pembayar selepas tempoh PKP
berakhir.
Adalah
dharapkan dengan syarat-syarat dan tatacara ini, pembayar dalam kalangan umat
Islam Pahang dapat mematuhinya.
Selain
boleh terus melaksanakan tuntutan mengeluarkan Zakat Harta dalam tempoh PKP,
mereka juga termasuk petugas bertugas PKZ Pahang, dapat turut membantu dalam
usaha membendung penularan wabak pandemik COVID-19 di negeri ini, In Sya Allah.
Dato’ Sri Wan
Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar
Pahang
26 April 2020 – Khabar