“Sebagai Kerajaan
Negeri yang prihatin dan responsif terhadap apa juga perkara yang diadukan
kepadanya oleh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan kerjaya, maka
keputusan hari ini dianggap tepat dan munasabah,” kata Menteri Besar.
NOTA
EDITOR ;
Berikut
disiarkan Kenyataan Media oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail
berkaitan keputusan Kerajaan Negeri membenarkan tempoh operasi bagi premis
makanan bukan Islam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang,
kekal antara 7 pagi dan 7 petang.
BERMULALAH RAMADAN AL-MUBARAK 1441 HIJRAH... Hari ini, Jumaat, 24 April; dalam tempoh PKP Fasa 3 (15 April - 28 April) sekarang, disusuli PKP Fasa 4 (29 April - 12 Mei).
KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR
PAHANG
Kebenaran operasi
7 pagi – 7 petang kepada premis makanan bukan Islam
Kerajaan
Negeri memutuskan agar kebenaran diberikan kepada premis-premis makanan bukan
Islam untuk beroperasi antara 7 pagi dan 7 petang dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) khususnya bulan Ramadan Al-Mubarak.
Keputusan
ini sebagai tindak-balas kepada aduan pihak-pihak berkenaan khususnya
peniaga-peniaga premis makanan bukan Islam, mengenai ketetapan waktu operasi antara
12 tengah hari dan 7 petang oleh sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke
atas semua premis makanan dalam bulan puasa ini.
Sebagai
Kerajaan Negeri yang prihatin dan responsif terhadap apa juga perkara yang
diadukan kepadanya oleh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan kerjaya,
maka keputusan hari ini dianggap tepat dan munasabah.
Dengan
keputusan ini saya berharap, para peniaga premis makanan bukan Islam dapat
menerimanya dengan baik serta meneruskan perniagaan tetapi masih terus akur
kepada yang telah ditetapkan.
Antara
ketetapan itu ialah premis makanan ini ialah yang berada di bangunan lot kedai
(shoplots) dan menjual secara ‘take away’ , ‘drive thru’ dan ‘cash on delivery’
(COD).
Sepertimana
keputusan hari ini serta ketetapan-ketetapan yang telah dibuat sebelumnya,
matlamat utama ialah untuk memutuskan rantaian penularan wabak pandemik
COVID-19 agar masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan kadar segera.
Dato’ Sri Wan
Rosdy bin Wan Ismail
Menteri Besar
Pahang
24 April 2020 – Khabar