NOTA
EDITOR ;
Bak
bulan jatuh ke riba, mungkin peribahasa yang boleh diguna sebagai menyatakan
kesyukuran dan kegembiraan atas pengumuman Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk
tidak meletakkan calonnya bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Negeri
kawasan Chini 4 Julai 2020.
Namun,
“… the war is not won yet” yang kerana itulah, kita tidak boleh meraikannya
sangat apatah pula ‘meletak senjata’ seterusnya merebut ‘harta rampasan’ sepertimana
iktibar kita perlu sentiasa pelajari daripada kekalahan tentara Islam dalam
Peperangan Uhud.
Bahawa
keberangkalian muncul pada Hari Penamaan Calon 20 Jun kelak dalam kalangan
calon-calon bebas mahupun calon-calon tajaan mendaftarkan diri untuk menjadi
calon, tidak dapat ditidakkan.
Apatah pula sudah ada suara-suara sumbang termasuk daripada PKR Pahang sendiri menyatakan kemungkinan menyokong calon-calon tersebut, yang sebab itulah persiapan BN/UMNO mahupun MN ke arah itu mesti terus dilakukan juga.
Apatah pula sudah ada suara-suara sumbang termasuk daripada PKR Pahang sendiri menyatakan kemungkinan menyokong calon-calon tersebut, yang sebab itulah persiapan BN/UMNO mahupun MN ke arah itu mesti terus dilakukan juga.
Berikut
disiarkan sepenuhnya kenyataan media oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail yang juga Pengarah Pilihanraya BN bagi PRK DN kawasan Chini, serta
Pengerusi bagi kedua-dua Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Barisan Nasional
(BN) Negeri.
KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR
PAHANG
Beri laluan
penyandang/calon BN/UMNO menang percuma pada PRK DN Chini
Saya
mohon kerjasama semua pihak – parti-parti politik serta calon Bebas agar
memberi laluan kepada penyandang/calon Barisan Nasional (BN)/UMNO untuk menang
tanpa bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DN) kawasan Chini.
Ini
bermakna, PRK DN kawasan Chini khususnya tempoh berkempen 14-hari bermula Hari
Penamaan Calon pada 20 Jun 2020 sehingga Hari Pengundian pada 4 Julai 2020, tidak
perlu diadakan.
Dengan
ini dapat mengelakkan pergerakan serta aktiviti menjelang dan semasa PRK
tersebut, yang dibimbangi boleh menyumbang kepada penularan wabak pandemik
COVID-19 yang sedang melanda negara dan dunia sekarang.
Saranan
ini selari dengan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang
berkata, sekarang bukan masa sesuai mengadakan Pilihanraya Umum (PRU) di negara
ini berikutan keadaan tidak mengizinkan dan tumpuan seharusnya diberi kepada
usaha mengekang penularan wabak pandemik ini.
“Sesetengah
berpandangan, kita wajar adakan pilihanraya sekarang… Namun sekarang negara
tidak bersedia untuk hadapi pilihanraya kerana kita tidak boleh berkempen,
tidak boleh berkumpul dan lakukan apa yang biasa kita lakukan semasa pilihanraya,” Tun
Dr Mahathir dilaporkan berkata oleh BERNAMA pada persidangan media di Yayasan
Kepimpinan Perdana, Kuala Lumpur pada Jumaat, 5 Jun 2020.
Tun Dr Mahathir mungkin lebih menjurus kepada PRU tetapi
seharusnya turut meliputi PRK seperti PRK DN kawasan Chini kerana kedua-duanya
turut melibatkan pergerakan orangramai, yang boleh mengancam kesihatan awam
menerusi jangkitan wabak pandemik ini.
Saranan ini juga selari dengan kenyataan media oleh Setiausaha
Agung PKR, Dato’ Sri Saifuddin Nasution Ismail hari ini ang mengumumkan parti
tersebut tidak akan meletakkan calonnya bertanding pada PRK DN kawasan Chini
atas alasan serupa.
Dengan
tidak mengadakan PRK DN kawasan Chini ini juga boleh menjimatkan kos yang bakal
ditanggung oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kira-kira RM4.3 juta, malah oleh
calon-calon serta parti-parti yang bertanding.
PRK
ini diadakan susulan pulangnya ke Rahmatullah, Allahyarham Dato’ Sri Abu Bakar
Harun lewat malam 6 Mei 2020. Allahyarham ialah Ahli Dewan Negeri (ADN) kawasan
ini yang memenanginya pada tiga Pilihanraya Umum (PRU) lepas iaitu PRU-PRU
tahun 2004, 2008, 2013 dan 2018.
Pada
PRU-14 tahun 2018, Allahyarham ‘Dato’ Burn’ atau juga dikenali ‘Ayah Ngah’
dalam kalangan penduduk; memenangi kerusi DN ini dalam pertandingan tiga (3)
penjuru dengan majoriti besar, 4,622 undi.
Allahyarham
meraih 10,027 undi berbanding calon PAS ketika itu, memperolehi 5,405 undi.
Seorang lagi calon dari PKR cuma mendapat 1,065 undi lalu hilang wang
pertaruhan (kerana gagal mendapat minimum 1/8 daripada jumlah undian).
Oleh
kerana kini, BN menjalin kerjasama erat dengan PAS dalam Perikatan Nasional
(PN) dan Muafakat Nasional (MN), dan PAS sendiri meminta kerusi DN kawasan
Chini tidak dipertandingkan; ia akan memberi peluang kepada calon BN/UMNO untuk
menang lebih besar lagi.
Apa
yang saya katakan ini tidaklah bermakna BN/UMNO bersikap riak atau takabbur
tetapi sekadar menyatakan realiti semasa. Oleh itu, lebih munasabah dan praktikal
jika parti-parti lain termasuk calon bebas atau mana-mana calon tajaan, supaya tidak
bertanding.
Saranan
ini mungkin dilihat tidak demokratik tetapi inilah penyelesaian terbaik dalam
pada negara dan negeri ini masih dibelenggu dengan penularan wabak pandemik COVID-19
yang menggerunkan.
DATO’ SRI WAN
ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar
Pahang/Pengerusi BN Pahang
6 Jun 2020 – Khabar