Friday, 19 June 2020

Kanak-kanak, warga emas boleh masuk dan makan di premis dan fasiliti R&R



WARGA EMAS KITA...Foto ini ialah sekadar hiasan.

 
KENYATAAN MEDIA
MENTERI BESAR PAHANG

Kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas kini boleh masuk dan makan dalam di premis serta masuki fasiliti kawasan R&R


Sukacita saya umumkan kebenaran kepada kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah serta warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, untuk masuk dan makan dalam (dine-in) di premis meliputi restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan (berbumbung), kiosk, ‘food court’ dan ‘food truck’ di negeri ini.

Ini turut termasuk di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuhraya Karak-KL, LPT 1 dan LPT2. Begitu juga fasiliti-fasiliti lain seperti surau dan tandas awam di R&R KECUALI Taman Awam/Taman Permainan Kanak-kanak.

Kerajaan Negeri juga memutuskan untuk tidak menetapkan lagi had jumlah pelanggan yang dibenarkan duduk bagi setiap meja makan di restoran dan kedai makan.

Kebenaran ini berkuatkuasa serta-merta.

Kebenaran ini diberikan setelah meneliti keadaan semasa serta keperluannya. Ia juga sebahagian lagi langkah peluasan operasi premis perniagaan di negeri ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Saya meminta agar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini seperti penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara pelanggan/pekerja, terus dipatuhi.


DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
19 Jun 2020 – Khabar