Fasa 1 yang sedang dalam peringkat akhir pembinaan dan bakal menawarkan 250 peluang pekerjaan, dijangka siap hujung tahun ini
PUSAT MEDIA,
KAMPUNG SALONG, PEKAN
– Kilang kertas RM80 juta – NextGreen Pulp & Paper Sdn Bhd di Paloh Hinai,
Pekan dalam Dewan Negeri (DN) Chini yang bakal menyediakan 3,000 pekerjaan
untuk anak tempatan, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga (3) tahun.
Fasa
1 yang sedang dalam peringkat akhir pembinaan dan bakal menawarkan 250 peluang pekerjaan, dijangka
siap pada suku terakhir tahun 2020 ini.
Kilang
NextGreen Pulp & Paper Sdn Bhd ini ialah milik syarikat tersenarai di Bursa
Malaysia iaitu NextGreen Global Bhd (NGGB), yang juga pemaju Taman Teknologi
Hijau (GTP; Green Technology Park) di kawasan seluas 166 hektar (410 ekar) di Paloh
Hinai, bersebelahan Lebuhraya Tun Razak Kuantan-Segamat.
Keseluruhan
GTP bernilai pelaburan RM2,000 juta (RM2 billion) dan dibangunkan dalam tempoh lima
(5) tahun, demikian kata Pengarah Urusan NGGB, Dato’ Lim Thiam Huat.
Menurutnya,
kilang NextGreen Pulp & Paper Sdn Bhd menganjurkan ‘teknologi hijau’ dengan
usaha menghasilkan kertas menggunakan tandan kosong buah kelapa sawit
yang boleh diperolehi secara mudah dari kilang-kilang kelapa sawit di daerah Pekan
termasuk Chini.
TEKNOLOGI GUNA TANDAN
KOSONG BUAH KELAPA SAWIT
“Kilang ini ialah
yang pertama di dunia menghasilkan teknologi ‘Preconditioning Refiner
Chemical-Recycle Bleached Mechanised Pulp (PRC-RBMP)’ yang memproses tandan
kosong buah kelapa sawit (EFB; Empty Fruit Bunches) bagi menghasilkan
bahan-bahan pulpa dan kertas untuk tujuan percetakan, kertas tisu dan
pembungkusan.
“Teknologi
PRC-RBMP ini memungkinkan ketidak bergantungan kepada kayu/pokok untuk
mengeluarkan kertas maka boleh menyelamatkan sehingga 255 juta pokok setahun,” katanya.
Teknologi
PRC-RBMP ini juga menurut Dato’ Lim, telah dipatenkan di Malaysia, Thailand,
Indonesia dan China.
Prospek
kejayaan dan masa depan kilang NextGreen Pulp & Paper Sdn Bhd menurutnya,
adalah besar memandangkan industri pulpa dan kertas dunia dianggarkan bernilai USD500,000
juta (USD500 billion) setahun, bersamaan kira-kira RM2,146 juta juta (RM2.146
trillion) (1 USD = RM4.29).
Apatah pula, industri pulpa dan kertas dunia masih dikuasai oleh kilang-kilang dan pengeluar pulpa dan kertas berasaskan kayu (wood-based) lalu memerlukan kerja-kerja penebangan pokok yang boleh memudaratkan alam sekitar.
KERJASAMA DENGAN
KPF DAN IKBN
Baru-baru
ini pada 19 Jun 2020, kilang ini dikunjungi oleh bekas Perdana Menteri, Dato’
Sri Mohd Najib Abdul Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan, diringi Menteri Besar
Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pada lawatan itu, kedua-duanya turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kilang ini dengan Koperasi Permodalan FELDA (KPF).
Pada lawatan itu, kedua-duanya turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kilang ini dengan Koperasi Permodalan FELDA (KPF).
Selain
itu, kilang ini turut mengambil inisiatif memperkenalkan program perantis
(apprenticeship) dan latihan industri dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia
Negara (IKBN) yang berdekatan. – Khabar