… program
pembangunan tanah perintis anjuran Kerajaan Negeri bagi meningkatkan taraf
sosio-ekonomi Orang Asli di Pahang
“Ianya adalah cetusan idea Ahli Parlimen Tuan-tuan dan Puan-puan yang juga bekas Perdana Menteri, YB
Dato’ Sri Najib bersama-sama dengan Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada tahun 2016
(lagi),” kata Menteri Besar.
PADANG AWAM,
KAMPUNG ORANG ASLI GUMUM, PEKAN – Atas sikap mengambil berat secara
berterusannya terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli, Kerajaan Negeri sendiri
mewujudkan secara perintis program pembangunan tanah – Rancangan Tanah Kelompok
(RTK) Khas bagi Orang Asli.
Seramai
133 peserta Orang Asli terlibat dalam RTK Khas ini, setiap seorang menerima
2.43 hektar bersamaan enam (6) ekar, yang berkeluasan keseluruhan kira-kira
323.75 hektar bersamaan 800 ekar.
Sepertimana
program pembangunan tanah anjuran agensi Kerajaan Persekutuan seperti FELDA, RTK Khas
bagi Orang Asli ini akan dibangunkan dengan tanaman sesuai oleh syarikat
berkaitan Kerajaan Negeri (S-GLC), dan peserta akan menerima dividen/saham atas
nilai hasil pengeluaran kelak.
Inilah
juga yang dikatakan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam
ucapan pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Peserta RTK Khas Kampung Orang Asli
Gumum petang Rabu, 17 Jun di sini.
Katanya,
“Ianya (RTK Khas ini) adalah cetusan
idea Ahli Parlimen Tuan-tuan dan Puan-puan yang juga bekas Perdana Menteri, YB
Dato’ Sri Mohd Najib bersama-sama dengan Dato’ Sri Abu Bakar Harun pada tahun
2016 (lagi).
KERJA BAIK
ALLAHYARHAM DATO’ SRI ABU BAKAR
“Ini dah buat lama
dah sepertimana kita buat ORS yang saya pergi ke Sungai Mentiga tempoh hari. Itupun
dah dirancang lama. Jadi maknanya, saya nak bagi tahu kepada Tuan-tuan dan
Puan-puan yang ada di sini Orang Asli 102 orang pengundi;
“Allahyarham Dato’
Sri Abu Bakar Harun memang telah membuat kerja untuk Tuan-tuan dan Puan-puan
dengan sebaik mungkin tetapi dengan takdir Allah, beliau telah dijemput lebih
awal”.
“Jadi, kalau ada
orang kata ini sebab PRKlah – bagi itu, bagi ini, tak betul… Cuma, bila ada PRK
ini kita cuba percepatkan benda yang telah ada, sebab kita ada tumpuan khas,” katanya.
Allahyarham
Dato’ Sri Abu Bakar Harun ialah Ahli Dewan Negeri (DN) Chini, meninggal dunia
lewat malam 6 Mei lepas. Susulan itu, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan
Pilihanraya Kecil (PRK) N23 Chini – Hari Penamaan Calon, 20 Jun dan Hari Mengundi,
4 Julai 2020.
Pada
persidangan media kemudian, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri bercadang
melantik S-GLC mahupun syarikat berkaitan UMNO Negeri (S-ULC) seperti Perbadanan
Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP), Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) atau
Rangkaian Delima Sdn Bhd (RDSB) sebagai pemaju RTK Khas ini.
PENJARAKAN SOSIAL TETAP DIPATUHI DAN DIAMALKAN... Ini merupakan sebahagian daripada 133 peserta yang hadir pada majlis pagi Rabu ini.
GOLONGAN MINORITI
ORANG ASLI TIDAK DIPINGGIRKAN
“Dan ini merupakan
salah satu usaha, cara Kerajaan Negeri supaya dapat meningkatkan ekonomi
masyarakat Orang Asli,” katanya serta turut tegaskan bahawa, suratan hakmilik
tanah juga akan dikeluarkan kepada para peserta apabila tiba masanya kelak.
Sudah
menjadi pengetahuan umum bahawa, Orang Asli ialah golongan minoriti di negara
dan negeri ini berdasarkan jumlah mereka cuma 198,000 orang atau 0.62 peratus
daripada kira-kira 32 juta penduduk Malaysia, dan hanya kira-kira 89,375 orang
atau kira-kira 5.59 peratus daripada kira-kira 1.6 juta penduduk Pahang.
Membandingkan
jumlah Orang Asli di Pahang (89,375 orang) dengan jumlahnya di seluruh
Semenanjung Malaysia (198,000 orang) maka Orang Asli Pahang menyumbang
kira-kira 45.12 peratus – merupakan negeri paling ramai Orang Asli di negara
ini.
Antara
yang turut hadir pada majlis petang Rabu ini ialah Timbalan Menteri Kemajuan Luar
Bandar, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad; Yang Dipertua Dewan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr
Salehuddin Ishak;
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Dato’ Abd
Aziz Mat Kiram, serta beberapa lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri.
– Khabar