“… tujuan
asal Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN)
mewujudkan Felda ialah untuk pembangunan tanah dan membela masyarakat orang
Melayu khususnya di luar bandar,” katanya.
USAHA SAMPAIKAN SURATAN HAKMILIK TANAH KE RUMAH PENEROKA... Menerima suratan hakmilik tanah ini kata Encik Suahilai ini ialah satu 'kemenangan'.
DEWAN SEMAI BAKTI,
RANCANGAN TANAH FELDA CHINI TIMUR 3, PEKAN – Kira-kira
38,600 atau kira-kira 90 peratus daripada 43,126 peneroka Rancangan Tanah Felda
di Pahang sudah menerima suratan hakmilik tanah melibatkan kawasan kira-kira 182,000
hektar, kata Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Keluasan kira-kira 182,000 hektar tersebut ialah kira-kira dua
(2) kali ganda keluasan seluruh negeri Perlis seluas 79,500 hektar.
Berdasarkan harga semasa tanah pertanian pula katanya, Kerajaan Negeri
‘korbankan’ tanah bernilai lebih RM40,000 juta (RM40 billion), sebagai pemberian
suratan hakmilik tanah itu.
Anggaran ini berdasarkan pengiraan nilai semasa tanah pertanian
kira-kira RM100,000 seekar X 449,732
ekar (atau 182,000 hektar), bersamaan RM44,973 juta atau RM44.973 billion.
“Tetapi, inilah pengorbanan Kerajaan Negeri demi memastikan
rakyat-jelata dalam kalangan peneroka termasuk dari luar Pahang sekalipun,
dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
HANYA
10 PERATUS SAHAJA LAGI BELUM TERIMA SURATAN HAKMILIK
“Sehubungan
itu, saya mengingatkan para peneroka supaya dapat menjaga tanah ini dengan baik
dan tidak sesekali memajak atau menjualnya selepas menerima suratan hakmilik.
“Ini
kerana, tujuan asal Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan
Nasional (BN) mewujudkan Felda ialah untuk pembangunan tanah dan membela
masyarakat orang Melayu khususnya di luar bandar,”
katanya.
Beliau juga berkata, kini, hanya 4,472 peneroka atau kira-kira 10 peratus daripada kesemua
43,126 peneroka di Pahang yang belum menerima suratan hakmilik tanah mereka
lagi, melibatkan keluasan lagi kira-kira 21,011 hektar daripada kira-kira
203,011 hektar di seluruh Pahang.
Dato’ Sri Wan Rosdy menyatakan ini pada persidangan media di
rumah seorang daripada peneroka berkenaan di Rancangan Tanah Felda Chini Timur
1 dekat sini, yang dijengah dan diziarahi tengah hari Ahad, 14 Jun, bagi turut menyampaikan suratan
hakmilik tersebut.
Sebelum itu, beliau berada di Dewan Semai Bakti ini kerana menyempurnakan
Majlis Penyerahan Suratan Hakmilik Tanah Peneroka Rancangan Tanah Felda Chini
Timur 1 melibatkan 156 peneroka semuanya.
TERIMA
SURATAN HAKMILIK TANAH SATU KEMENANGAN
Antara yang turut hadir ialah bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd
Najib Abdul Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan; Pengerusi FELDA, Dato’ Sri
Mohd Idris Jusoh; Yang Dipertua Dewan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; serta
beberapa Ahli Exco Kerajaan Negeri.
Sementara itu, seorang penerima Suahilai Md Tai, 65, menyifatkan
pemberian surat hakmilik tanah itu sebagai ‘kemenangan’ ke atas perit jerih
beliau selama 30 tahun membuka hutan untuk dijadikan kawasan pertanian.
“Saya
mula menjadi peneroka pada tahun 1985 dan selepas sekian lama, akhirnya saya
dapat juga merasa memegang geran tanah sendiri.
“Ini
adalah harta peninggalan untuk anak cucu supaya mereka ada kampung halaman
untuk berkumpul pada masa hadapan,” katanya. – BERNAMA/Khabar