Kerajaan
Negeri memutuskan semua jenis perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa
(tidak termasuk sektor masih dilarang oleh Kerajaan Persekutuan seperti pusat
hiburan/pub/kelab malam/karaoke) tertakluk kepada waktu operasi bermula 7 pagi
sehingga 12 tengah malam sahaja kecuali bagi sektor yang dibenarkan
(perkhidmatan essential) mengikut Kelulusan Lesen Perniagaan Asal (stesen
minyak, kilang dan pusat perubatan sahaja) dan aktiviti pasar awam (mulai jam 5
pagi).
Semua
premis WAJIB mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) asas normal baharu
seperti berikut:
1)
Melaksanakan saringan setiap hari ke atas pekerja dan pelanggan bagi mengesan
gejala COVID-19 seperti demam, batuk, sakit tekak, selsema atau sesak nafas. Mana-mana
yang bergejala atau demam melebihi 37.5oC tidak dibenarkan memasuki premis;
2)
Pekerja yang bergejala hendaklah dirujuk ke pusat perubatan;
3)
Merekod maklumat pekerja dan pelanggan melalui aplikasi MySejahtera atau
MoveOn.my setiap kali operasi;
4)
Mengekalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara
pelanggan/pekerja;
5)
Menyediakan ‘floor marking tape’, tanda notis dan papan tanda pematuhan
SOP dalam premis;
6)
Melaksanakan proses pembersihan dan disinfeksi di dalam premis;
7)
Mewajibkan pekerja dan pelanggan memakai Face Mask sebelum masuk premis dan
semasa berada dalam premis;
8)
Menyediakan ‘hand sanitiser’ untuk kegunaan pekerja dan pelanggan.
Kerajaan
Negeri juga bersetuju bahawa mana-mana syarat yang tidak dinyatakan secara
khusus dalam SOP negeri adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi Kerajaan Persekutuan yang
berkaitan, serta akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Adalah
diingatkan agar semua pihak mematuhi SOP yang ditetapkan. Pemantauan dan
penguatkuasaan akan terus dilaksanakan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta
agensi-agensi penguatkuasa lain.
DATO’ SRI WAN
ROSDY BIN WAN ISMAIL
MENTERI BESAR
PAHANG
22 JUN 2020 - Khabar