RUMAH REHAT,
BENTONG
– Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima
kasih kepada pengundi setelah Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan majoriti
mudah 25 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
dipertandingkan.
Ini
sepertimana keputusan akhir yang diperolehi pada awal pagi Khamis, 10 Mei
sempena Pilihanraya Umum (PRU)-14 yang Hari Mengundinya semalam, Rabu, 9 Mei setelah
menjalani kempen 11-hari bermula Sabtu, 28 April.
“Saya bagi pihak
UMNO Negeri dan Barisan Nasional Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada semua pengundi-pengundi yang telah memilih Barisan Nasional Negeri
Pahang;
“Sehingga
membolehkan kita mendapat majoriti mudah iaitu 25 kerusi – untuk dua pertiga kita
perlukan 28. Penggal lepas kita dapat 30 kerusi, kali ini, 25 kerusi; kita
bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada semua pengundi,” katanya.
Beliau
yang juga Pengerusi, Badan Perhubungan UMNO Negeri dan Pengerusi, BN Negeri berkata
demikian pada persidangan media pertama pasca PRU-14 pada tengah hari Khamis,
10 Mei di kediaman peribadinya dekat sini.
PELANTIKAN MB
DAN EXCONYA
Mengenai
pelantikan Menteri Besar katanya, ia akan ditentu dan diperkenankan oleh pihak
Istana – KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Pemangku Raja Pahang yang menurutnya; “Terpulanglah kepada pihak Istana untuk
memilih calon yang difikirkan sesuai untuk menjadi Menteri Besar”.
Pelantikan
Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pula katanya, akan merupakan
langkah susulan setelah KDYMM Sultan Pahang dan KDYMM Pemangku Raja Pahang
membuat keputusan mengenai pelantikan Menteri Besar terlebih dahulu.
Beliau
juga berkata, kedua-dua UMNO Negeri dan BN Negeri yang diketuainya, akan
berbincang dan melakukan ‘post mortem’ bagi mengenal pasti perkara-perkara yang
harus dilakukan, yang kemudian diserahkan kepada Kerajaan Negeri untuk
melaksanakannya.
“Kita akan duduk
berbincang dan buat sedikit ‘post-mortem’ dan akan menyerahkan kepada Kerajaan
Negeri apakah yang patut dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk kita terus
menerima mandat rakyat daripada PRU-14 ini, bahkan juga PRU-PRU akan datang,” katanya.
Menurutnya,
aspek-aspek kehidupan rakyat akan terus ditekan dan dipertingkatkan lagi oleh
Kerajaan Negeri kelak iaitu dalam soal-soal berkaitan kebajikan, pendidikan, perumahan
dan ekonomi termasuk usaha bagi menambahkan lagi hasil negeri.
TANDA KENANG-KENANGAN... Dato' Sri DiRaja Adnan sudi menyertai sesi berfoto kumpulan bersama-sama media-media yang membuat liputan sepanjang 11-hari tempoh berkempennya.
MTNP ANTARA YANG
TERULUNG
Daripada
aspek kebajikan katanya, ia ekoran siri kempen pilihanraya dengan jelajahan ke
rumah-rumah di luar bandar mendapati, ramai lagi penduduk yang terlantar sakit,
ibu tunggal yang miskin, serta yang tinggal di rumah yang sangat daif yang
termasuklah dalam kalangan masyarakat India dan Orang Asli.
Kerajaan
Negeri juga kelak katanya, akan meneruskan penekanan pada aspek pendidikan yang
setakat ini, Yayasan Pahang (YP) telah menjalankan peranannya dengan berkesan
termasuklah dalam menjadikan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) antara terulung
dalam bidang akademik, dan bidang menghafaz al-Quran.
“… sudah pastilah
(juga) mengenai perumahan. Dan perumahan ini yang menjadi masalahnya ialah
untuk mendapatkan ‘end-financing’ bagi pemohon-pemohon untuk mendapatkan
pinjaman bank, untuk membayar pinjaman bank mereka.
“Saya percaya,
Kerajaan Persekutuan akan dapat membantu kita dalam hal ini,” katanya.
Dalam
aspek ekonomi katanya, perbincangan akan dilakukan dengan pakar-pakar tertentu ke
arah merumuskan langkah-langkah yang patut Kerajaan Negeri lakukan termasuk
dalam meningkatkan punca pendapatan dan hasil negeri.
KERAJAAN
PERSEKUTUAN AKAN TENTUKAN TENTANG PROJEK BESAR DI PAHANG
“(Ia) supaya
lebih banyak lagi dapat kita pulangkan kembali kepada rakyat khususnya mereka
yang memerlukan,”
katanya lagi.
Kepada
soalan wartawan BERNAMA tentang nasib projek-projek besar Kerajaan Persekutuan
di Pahang yang menerima kritikan keras sebelum ini seperti projek berpinjaman
RM55,000 juta East Coast Rail Link (ECRL) katanya;
“Ini kita akan
terus memberikan kerjasama jika diperlukan. Apapun, terpulanglah kepada
Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan”.
Beliau
juga ditanya oleh wartawan New Straits Times (NST) tentang prestasi keseluruhan
calon-calon BN Negeri pada PRU-14 yang menurutnya; “Considering the so-called tsunami, and the so-called pressure that we
were in, I think we did quite well.
“If we look at
other States (previously controlled by BN), they even lost their states, but
not us. Although we lost the two-thirds majority, yet we still control by a
simple majority –
‘SIMPLE BUT
STILL BIG’
“Though simple (but)
is still big – 25 against 17. It’s not 25 against 23, (nor) 25 against 20 (but)
25 against 17. This, I think is a big, simple majority. So, that in a way,
contribute to a more stable government by having just small, simple majority,” he concluded.
As
for the dismal performances of MCA and MIC – the two component parties of BN he
said, they were already expected and that he had intimated to MCA’s President, Dato’
Sri Liow Tiong Lai a few times before about the slim chances of the party’s
candidates to win.
“Because, in
terms of the General Election, the choice of candidates got to be very precised.
Well, we received all reports from all groups about the choice of candidates
but in the end, sometimes, sentiment overrides objectivity.
“As a result,
some candidates whom we knew pretty well that they will not going to stand any
bit of a chance to win, and yet we still fielded them (that consequently ended
up losing). That’s the main problem.
“As the Barisan
Nasional chairman, and the UMNO Chairman, I am partly to be blamed also. We were
not 100 percent objective in selecting candidates. But we accept the verdict of
the people. The people have spoken out, we have no choice but to accept the
verdict,”
he said.
SANGAT SEDIH
Beliau
juga berkata yang beliau sangat sedih dengan kekalahan calon-calon BN dari UMNO
terutamanya di kerusi DUN-DUN Jengka, Panching, Luit, Chenur, dan, Tahan yang kesemuanya
atas sebab-sebab tertentu.
Bagi
Panching dan Jengka katanya, beliau telah awal-awal lagi memberitahu wakil
rakyat-wakil rakyat berkenaan yang dipilih semula sebagai calon bahawa kawasan-kawasan
itu bermasalah.
“Bukan kerana
mereka tidak berkhidmat. Sebagai contoh, Dato’ Zaili Besar di Panching telah
berkhidmat sangat baik tetapi (kekalahannya) disebabkan sokongan, disebabkan
oleh komposisi pengundi di situ.
“Dan begitu juga
di Tahan. Tahan ini sebenarnya dari dahulu lagi memang calon Barisan Nasional
menangpun 100, 2 (200 undi) sahaja. Hanya Dato’ Sri Wan Amizan pada penggal
yang lepas, dia menang 800 lebih. Tapi kali ini dia kalah 400 lebih.
“Memang kita
jangkalah. Hanya kita berasa dukacita, Chenur dan Luit yang patut kita boleh
menang tapi kalah, itu sahaja,” katanya lagi. – Khabar