RUMAH REHAT,
BENTONG
– Negeri Pahang terus kekal berada di bawah Barisan Nasional (BN) apabila memperolehi
majoriti mudah dengan memenangi 25 kerusi daripada 42 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Keputusan
ini adalah tidak rasmi dan diperolehi setakat jam 1.25 pagi Khamis, 10 Mei sempena Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini. Dengan
ini bermakna, BN tewas di 17 kerusi selebihnya. Pada PRU-13, BN memperolehi 30 kerusi berbanding pembangkang, 12 kerusi.
Kesemua
25 kerusi yang BN menangi kali ini ialah DUN-DUN Pelangai, Jelai, Padang Tengku,
Cheka, Benta, Pulau Tawar, Inderapura, Sungai Lembing, Lepar, Pulau Manis,
Peramu Jaya, Bebar, Chini, Kuala Sentul, Jenderak, Kerdau, Lanchang, Kuala
Semantan, Guai, Kemayan, Bukit Ibam, Muadzam Shah, Dong, Batu Talam dan Tioman.
Bagi
Parlimen pula, BN menang di sembilan (9) daripada 14 kerusi yang
dipertandingkan iaitu Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan,
Maran, Kuala Krau, Bera, dan Rompin.
Pada PRU-13, BN menang 10 daripada 14 kerusi di Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran, Kuala Krau, Bera, Rompin, dan Bentong.
Pada PRU-13, BN menang 10 daripada 14 kerusi di Cameron Highlands, Lipis, Jerantut, Paya Besar, Pekan, Maran, Kuala Krau, Bera, Rompin, dan Bentong.
CUMA PELANGAI BN MENANG DI BENTONG
Di
Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah dekat sini, Pengurus Pilihanraya, Dato’
Azhar Arshad membuat pengumuman keputusan pilihanraya bagi Parlimen Bentong dan
DUN-DUN di bawahnya – Pelangai, Sabai, Ketari dan Bilut hanya pada kira-kira
12.45 malam.
Kesemuanya
kecuali DUN Pelangai, tewas. Calon BN bagi DUN Pelangai yang juga Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menewaskan dua calon lain masing-masing dari
Pakatan Harapan dan PAS.
Dato’
Sri DiRaja Adnan memperolehi 5,410 undi berbanding calon Pakatan Harapan, Puan Nor Haizan Abu Hassan, 3,098 undi dan calon PAS, Encik Zaharim Osman, 1,817 undi.
Majoriti yang diperolehi, 2,312 undi manakala 158 undi ditolak. – Khabar