MESRANYA MB, TURUT MELIPUTI ANAK-ANAK KECIL... Sepertimana anak kecil ini yang kelihatan selesa dalam dukungan Dato' Sri DiRaja Adnan.
PERKARANGAN ‘PETROL
KIOSK’, RANCANGAN TANAH FELDA CHEMOMOI, BENTONG – “Saya berharap rakyat menggunakan kebijaksanaan
dalam mengundi,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang juga
penyandang serta calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) kawasan Pelangai pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini.
“Saya
berpendapat yang penting bagi sebuah negara ini ialah kestabilan, keamanan. Dan
di Malaysia ni – oleh sebab negara kita berbilang kaum, kita kena kekalkan
keharmonian antara kaum ini. Kalau keharmonian antara kaum di Malaysia dapat
dikekalkan, maka baru kita ada kestabilan dan keamanan,
“Apabila ada
kestabilan, keamanan, barulah kita boleh memikirkan perkara-perkara lain
termasuk perancangan untuk masa depan sama ada bidang politik, bidang sosial,
dan sebagainya.
“Dan saya
berpendapat, cabaran pada masa akan datang memang begitu getir sekali dan kita
perlu menyesaikan diri kita, negara kita dalam persada dunia antarabangsa untuk
kita sentiasa terkehadapan, tidak ketinggalan jauh ke belakang,” katanya pada
persidangan media sempena Majlis Perasmian Mesin ATM Agrobank petang Selasa, 8
Mei di sini.
Sehubungan
itu Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata, negara memerlukan pucuk pimpinan yang
memahami keadaan semasa, selain dianya seorang intelektual, dan pada ketika
yang sama, rasional dan ‘factual’.
PERSETANKAN
SEGALA FITNAH
“… dan saya
berpendapat, Dato’ Sri Najib Tun Razak ada kualiti ini semua.
Kita kena
persetankan segala fitnah, segala cerita bohong (terhadap Dato’ Sri Mohd Najib)
ini.
“Jadi saya
berharap, rakyat akan menggunakan akal dan budi bicara mereka untuk mengenepikan
cerita-berita negatif tetapi memikirkan perkara yang positif untuk negara kita
iaitu negara kita perlu maju ke hadapan. Dan untuk maju ke hadapan, perlukan
kestabilan, keamanan dan juga keharmonian kaum,” tegasnya.
Kepada
soalan tentang peluang kemenangan BN Negeri kali ini katanya, beliau percaya
bahawa rakyat akan sekali lagi memberikan kepercayaan kepada BN untuk memerintah
negeri.
“Sebab saya
sangat pasti -- dari pucuk pimpinan peringkat negeri sampailah ke bawah, kita
tidak pernah bersikap sombong, hidung tinggi. Bahkan kita sentiasa ke bawah,
kita sentiasa rapat dengan akar-umbi.
“Jadi tak ada sebab
rakyat tidak mahu menyokong kita,” katanya.
HADIRIN PETANG ISNIN... Yang dalam kalangan generasi tua, muda dan anak-anak kecil sekelian. – Khabar
HADIRIN PETANG ISNIN... Yang dalam kalangan generasi tua, muda dan anak-anak kecil sekelian. – Khabar