… yang menurut SPR,
kira-kira 55 peratus pengundi telah menyempurnakan hak mengundi mereka setakat
1.30 petang ini.
DAKWAT PADA JARI... Pasangan bahagia -- Dato' Sri DiRaja Adnan dan Datin Sri DiRaja Junaini memberikan 'pose' sebagai memenuhi permintaan jurufoto untuk merakamkannya.
RUMAH REHAT,
BENTONG
– Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menyempurnakan hak mengundinya
petang Rabu, 9 Mei ini di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Bentong, Kampung Benus dekat sini.
Beliau
yang berbaju merah – yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan
Negeri (DUN) kawasan Pelangai, tiba bersama-sama isteri, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim di luar pagar sekolah ini pada kira-kira 2
petang, sebelum mengundi tepat 2.10 petang.
Demi
menunaikan permintaan pihak media khususnya para jurugambar dan jurukamera,
beliau dan isteri sempat memberikan ‘pose’, menunjukkan jari yang telah tercelup dakwat menandakan
telahpun mengundi.
Berbual
seketika dengan mereka sambil bertanyakan khabar, beliau kemudian beredar untuk
kembali semula ke kediaman peribadinya yang berdekatan sambil memantau perjalanan
Hari Mengundi hari ini yang tamat jam 5 petang.
Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) pada persidangan media yang disiarkan ‘live’ menerusi televisyen pada awal petang
ini telah memaklumkan bahawa peratus keluar mengundi setakat 1.30 petang tadi
ialah kira-kira 55 peratus.
Dan
peratusan ini adalah dikira tinggi yang menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim
Abdullah, adalah ekoran keghairahan pengundi di seluruh negara untuk mengundi
pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 ini.
UNDI MB UNTUK PARLIMEN... Yang calon untuk Parlimen Bentong ini ialah Dato' Sri Liow Tiong Lai.
UNDI MB UNTUK DUN PULA...
UNDI PENULIS... Foto ini penulis rakamkan ketika beratur di Saluran 3, pusat pengundian di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Ehsan, Kuantan. Pusat ini ialah bagi memilih calon bagi Parlimen kawasan Kuantan dan DUN kawasan Teruntum yang calon-calon BN kedua-duanya dari parti MCA menentang PKR dan PAS.
Proses pengundian di sini agak lambat - penulis tiba jam 8.45 pagi tapi selesai kira-kira 40-minit kemudian pada 9.25 pagi. Oleh kerana kelewatan ini - tidak sepertimana pengalaman penulis pada PRU-13, kedengaran suara sumbang di belakang yang menyalahkan Kerajaan BN jugalah.
Keadaan ini rupa-rupanya, adalah sepertimana juga dengan di pusat pengundian-pusat pengundian lain di seluruh negara yang telah diakui sendiri oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah. – Khabar