# Pendidikan –
menerusi bantuan-bantuan yang Yayasan Pahang (YP) biayai seperti
biasiswa/pinjaman dan biasiswa-biasiswa sekolah menengah dan rendah ;
# Kebajikan –
menerusi sumbangan dan bantuan daripada peruntukan khas Menteri Besar kepada
yang memerlukan dan ditimpa bencana;
# Perumahan –
menerusi pembinaan rumah-rumah mampu milik PR1MA Negeri untuk jenis banglo RM150,000 dan rumah teres, RM80,000 seunit;
#Agama Islam –
terutamanya menerusi penubuhan dan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar Maahad
Tahfiz Negeri Pahang (MTNP)
# Urusan tanah –
melalui usaha meluluskan permohonan tanah oleh rakyat-jelata
PADA PERSIDANGAN MEDIA TENGAH MALAM ISNIN... Pada tengah malam Isnin ini juga, Dato' Sri DiRaja Adnan menjalani rakaman dengan Stesen Televisyen TV3, menyampaikan amanat menjelang Hari Mengundi pada Rabu ini.
Yang turut bersama-samanya ialah calon-calon bagi Parlimen Bentong, Dato' Sri Liow (sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan); serta calon-calon BN untuk DUN Ketari, Dato' Lau Hoi Keong (duduk barisan depan, kanan sekali); DUN Bilut, Encik Jason Poo Mun Hoong (duduk barisan depan, dua dari kiri); dan, DUN Sabai, Dato' R.Goonasekaran (kiri sekali).
RUMAH REHAT,
BENTONG –
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob menggariskan lima (5) tumpuan utama
Kerajaan Negeri yang diusahakan selama ini, yang beliau berpuas hati dengannya
sehingga kini.
Kelima-limanya
ialah dalam hal-hal pendidikan, kebajikan, perumahan, agama Islam dan juga
dalam mengendalikan urusan tanah terutamanya dalam pemprosesan permohanannya
oleh rakyat.
Mengenai
pendidikan ialah berkenaan dengan peranan Yayasan Pahang (YP) yang telah
memperkenal dan membiayai bantuan-bantuan seperti biasiswa dan pinjaman serta
pemberian biasiswa-biasiswa sekolah menengah dan rendah (BSM dan BSR).
Kebajikan
pula ialah menerusi peruntukan khas Menteri Besar yang dibelanjakan untuk
rakyat yang memerlukan termasuk yang menghadapi bencan-bencana alam seperti
kebakaran dan banjir,
Perumahan,
menerusi pembinaan rumah-rumah mampu milik PR1MA Negeri untuk jenis-jenis
banglo RM150,000 seunit, serta ‘Rumah Makmur’ jenis teres setingkat, RM80,000
seunit.
KITA KURANG
UAR-UARKAN
Agama
Islam terutamanya menerusi penubuhan dan perjalanan Maahad Tahfiz Negeri Pahang
(MTNP) dan kejayaan cemerlang pelajar-pelajarnya dalam peperiksaan-peperiksaan
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
serta,
dalam urusan tanah, melalui usaha-usaha berterusan Kerajaan Negeri dan
Pentadbir-pentadbir Tanah Daerah (PTD) dalam memproses dan meluluskan
permohonan tanah oleh rakyat.
“Ini semua kita
lakukan. Hanya kita kurang uar-uarkan. Tetapi apapun, kita akan buat apa sahaja
untuk kepentingan rakyat,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada temubual dengan
BERNAMA tengah malam Isnin, 7 Mei di kediaman peribadi beliau dekat sini.
Temubual
eksklusif ini diberikan sempena menjelang tempoh akhir kempen 11-hari bagi
Pilihanraya Umum (PRU)-14; yang tamat tengah malam esok, Selasa, 8 Mei sebelum
Hari Mengundi pada Rabu, 9 Mei.
Berikut
disiarkan secara verbatim, hasil temubual tersebut sebagai reaksi Menteri Besar
kepada soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua-dua wartawan BERNAMA
berkenaan;
HADIRI 'ENGAGEMENT' DENGAN PENDUDUK KAMPUNG JANDA BAIK PADA PROGRAM KENDURI RAKYAT... Sebelum itu, Dato' Sri DiRaja Adnan telah ke Kampung Janda Baik bagi menghadiri program kenduri rakyat di perkarangan Masjid di situ.
CALON-CALON KITA
DAPAT SAMBUTAN
“Saya
yakin rakyat yang menjadi pengundi akan menggunakan kebijaksanaan mereka, saya
percaya mereka akan memilih, seperti yang saya sebutkan tadi, kestabilan.
“Dan
dari lawatan kita ke tempat-tempat yang kita adakan kempen, termasuk Dato’ Sri Liow (Tiong Lai) sendiri, dan calon-calon;
kita dapati sambutan itu sangat memuaskan.
“Ada
isu-isu yang dibangkitkan yang kita tahu mereka tidak puas hati, kita telah
cuba terangkan. Sebagai contoh, setiap kali saya turun, mereka akan bawa
masalah peribadi, masalah kampung, dan saya telah beritahu mereka bahawa
masalah ini insyaAllah, akan kita tangani dan mereka boleh jumpa kita selepas
pilihanraya nanti, insyaAllah, kalau kita diberi kepercayaan.
“Kerana
saya tekankan kepada mereka, masalah-masalah ini tak akan dapat diselesaikan
dalam tempoh 24 jam, dalam tempoh seminggu. Kalau masalah peribadi – anak nak
ke sekolah, anak nak ke universiti, itu cerita lain yang boleh diselesaikan.
“Tapi
kalau masalah-masalah yang ada kaitan dengan kampung, tempat tinggal mereka;
itu kita perlukan masa untuk menyelesaikan dan saya beritahu mereka supaya kita
selesaikan pilihanraya dulu, insyaAllah akan cuba atasi masalah mereka.
RAKYAT JUGA PUAS
HATI DENGAN ASPEK PENDIDIKAN
“Kalau
di negeri Pahang ini, saya dapati tiada sebab bagi sesiapa juga untuk
menyatakan rasa tak puas hati terutama sekali daripada segi kita memberikan bantuan
kepada anak-anak di bangku sekolah.
“Kita
melalui Yayasan Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, kita ada siapkan
Biasiswa Sekolah Rendah, Biasiswa Sekolah Menengah, dan pinjaman untuk mereka
melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
“Dan
kita berbelanja agak besar. Setiap tahun Yayasan Pahang akan menyediakan
perbelanjaan yang banyak tidak kurang daripada RM250 juta setahun dan
sebahagian besarnya adalah untuk pinjaman pendidikan dan juga Biasiswa Sekolah Menengah,
Biasiswa Sekolah Rendah. Itu satu.
“Yang
dua (2) lagi – semasa Pilihanraya (Umum) 2013, kita menjanjikan kita akan
membina rumah mampu milik iaitu yang berharga RM150,000 ke bawah, sebanyak
15,000 (unit). Tapi sehingga ke saat ini, kita telahpun berjaya membina 37,000
unit rumah berkenaan di semua peringkat – baru mula, sedang mula, hampir siap,
sudah siap.
“Hanya
kita dapati ada sikit masalah iaitu masalah mendapatkan pinjaman bank iaitu
‘end-financing’ bagi pemohon-pemohon.
KAEDAH ‘RENT-TO-OWN’
LEBIH BERKESAN
“Tapi
ini seperti yang kita tahu, telahpun dimasukkan dalam Manifesto Barisan
Nasional oleh YAB Perdana Menteri iaitu kita akan tubuhkan satu badan khusus
(yang) daripada situ nanti akan diselesaikan masalah mendapatkan pinjaman untuk
‘end-financing’ ini.
“Tapi
yang jelas, satu skim yang saya percaya akan berjaya ialah ‘rent-to-own’. Makna,
sewa untuk memiliki. Maknanya, mereka bayar sewa tapi sewa itu dikira sebagai
sebahagian daripada bayaran harga rumah.
“Kita
baru-baru ini telahpun mulakan juga skim untuk rumah mampu milik berharga
RM80,000 dan kita telahpun mulakan tiga (3), empat (4) skim yang sedang dalam
pembinaan.
“Dan
saya dapati ini dua (2) kejayaan yang besar.
“Dari
segi perkembangan ugama Islam, penekanan kepada Maahad Tahfiz (Negeri Pahang - MTNP)
ini telahpun membawa kejayaan. Maahad Tahfiz Negeri Pahang telahpun mengatasi
Maahad Tahfiz di negeri-negeri lain termasuk Maahad Tahfiz Darul Quran di Kuala
Kubu yang selama ini menjadi ‘benchmark’.
YANG SAKIT
TERLANTAR, TERLALU MISKIN; DIBANTU
“Kita
telahpun mengatasi dalam peperiksaan sama ada SPM ataupun STPM setelah beberapa
tahun. Saya berasa puas hati apabila memikirkan bahawa kita telah buat banyak
untuk bidang pendidikan, kemudian itu perumahan, dan juga Maahad Tahfiz ini.
“Pada
ketika yang sama kita tidak lupa untuk menumpukan kepada hal-hal kebajikan –
mereka yang sakit terlantar, mereka yang terlalu miskin… Ini semua kita berikan
bantuan terus dengan menggunakan peruntukan Menteri Besar untuk disalurkan
terus kepada mereka.
“Ini
tidak termasuk kes-kes kemalangan seperti kebakaran sebagainya. Baru-baru ini,
sederet kedai di Cameron Highlands terbakar dan kita telah berikan sumbangan
yang banyak. Biasa RM5,000 untuk semua kes tapi ini kita bagi RM20,000 untuk sembilan
atau 12 orang mangsa yang terlibat.
“Perkara-perkara
ini kita dapat lakukan kerana kita sedar rakyat yang pilih kita dan kita buat
perkara-perkara yang berikan faedah kepada rakyat.
“Ada
masalah-masalah lain seperti masalah tanah. Masalah tanah ini memang kita tak
boleh selesaikan dalam sekelip mata. Tapi kalau kita ambil contoh di Cameron
Highlands, kita ada 4,000 fail tapi dengan ada 23 Pegawai Pertempatan yang
membuat kerja sukat-menyukat sebagainya, ia akan mengambil masa tiga (3) tahun.
4,000 FAIL VS 23
PEGAWAI PERTEMPATAN (SO)
“Tapi
saya telah minta Pentadbir Tanah Daerah supaya menyelesaikan cepat masalah ini
supaya TOL dapat diberikan kepada petani-petani di Cameron Highlands sebab
mereka juga perlukan TOL ini untuk memberi makan anak-cucu mereka.
“Ini
semua kita lakukan. Hanya kita kurang uar-uarkan. Tetapi apapun kita akan buat
apa shaja untuk kepentingan rakyat.
“Lima
(5) perkara besar yang kita berasa puas hati ialah; pendidikan, kebajikan,
perumahan, ugama Islam Maahad Tahfiz, dan kita cuba menyelesaikan masalah tanah
di setiap daerah dari masa ke semasa.
“Bukan
kita tak nak selesaikan tetapi banyak melibatkan ‘technicality’. Kalau ikut
kadar biasa, 23 Pegawai Pertempatan dengan fail permohonan sebanyak 4,000 hanya
boleh diselesaikan dalam tiga (3) tahun, bukan tiga (3) hari, bukan. Mereka
perlu pergi sukat sebagainya…
“Kita
tak berasa risau langsung, hanya orang menyatakan risau. Sebenarnya, yang
penting ialah kita kena ‘engage’, ‘connect’ dengan mereka (anak muda). Ini saya
laukan di kawasan saya.
ORANG MUDA
SEBELAH KITA
“Dan
saya perhatikan, orang-orang muda ini dia sebelah kita. Esokpun saya akan jumpa
mereka di Felda Chemomoi, Felda Sungai Kemahal sebagai contoh. Esok saya akan
berjumpa pengundi-pengundi muda.
“Mereka
menyatakan hasrat ingin berjumpa saya jadi saya akan berjumpa mereka. Apakah
maknanya kalau mereka kata nak jumpa MB? Maknanya ialah, mereka nak kita
‘engage’ mereka. Sebab, mereka juga punyai undi. Mereka juga selaku manusia
biasa, mereka juga merasakan mereka perlu dihargai.
“Kalau
misalannya, semua kita calon mendekati siapa sahaja termasuk golongan muda,
insyaAllah mereka akan menyokong kita. Dan kita kena ingat, pengundi-pengundi
muda ini mereka terdedah kepada media sosial.
“Tapi
yang penting, dia nak jumpa kita. Hari itupun saya dah jumpa, dan esok saya
akan jumpa lagi. Kalau saya ambil dalam kawasan itu 300 orang orang muda.
“Dia
nak jumpa sahaja, esok saya jumpalah. Dan saya yakin mereka akan menyokong
kita. Apabila saya jumpa mereka bermakna, untuk calon Parlimen juga, Dato’ Sri
Liow, makna sekali.
SUDAH LALUI KINI,
LAPAN PRU
“Dato’
Sri Liow berjumpa dengan pengundi-pengundi lain, kalau di Pelangai itu, dia
akan menyebut saya juga.
“Saya
tak nampak masalah sebenarnya. Seluruh negara memerhatikan kerana kehebatan
media sosial yang menyebarkan berbagai-bagai berita benar, tak benar
sebagainya. Itu sahaja. Tapi pokoknya, kalau di peringkat medan ini, peringkat ‘ground’,
‘grassroot’ ini, akar-umbi ini; kalau kita jumpa mereka, insyaAllah.
“Ha
tak ada. Saya beritahu, demam pilihanraya ini serupa sahaja, serupa, tak ada
beza. Tak ada beza. Dia sama. Kadang-kadang kita tak singgah tempat dia, dia
berasa hati. Kadang-kadang dulu kita tak pergi kahwin anak dia, dia berasa
hati. Benda itu biasa sahaja.
“Kadang-kadang
kita jumpa ketua cawangan, yang tidak berkaitan ketua cawangan ini berasa hati.
Kita jumpa pula kelompok yang tidak suka dengan pemimpin UMNO tapi suka dengan
parti kita, cawangan pula berasa hati. Biasa sahaja.
“Demam
pilihanRaya ini sudah lapan (8) kali (saya lalui), itulah caranya. Dan
insyaAllah, kita boleh, boleh (menangani dan mengatasinya), jangan risau.
PASTIKAN YANG
SOKONG KITA, KELUAR MENGUNDI
“Ini
tak ada tumpuan apa-apa lagi dah. Yang kita tahu, penyokong-penyokong kita, kita
pastikan mereka itu keluar mengundi. Yang tak menyokong kita tu tak keluar
mengundi tak apalah. Kita tumpukan kepada penyokong-penyokong kita. Itu yang
mustahak.
“Saya
tidaklah hendak berfikir secara orang kata ‘global’, ‘structure’lah, inteleklah
apa. Tak… Ia balik kepada ‘hearts and mind’, jiwa dan pemikiran. Kalau kita
menangi jiwa dan pemkiran mereka, insyaAllah.
“Ini
adalah peperangan (dan) peperangan ini adalah soal memenangi jiwa dan pemikiran
orangramai. Bagaimana kita memenangi jiwa dan pemikiran? Kita ‘engage’ mereka,
kita berjumpa mereka.
“Dia
begini. Pertamanya, kita jangan berubah. Kalau dulu kita, sekarangpun mesti
kita juga. Jangan maknanya, kita terpilih sebagai wakil rakyat, dapat jadi
menteri, menteri besar; kita berubah, jangan. Itu satu.
“Yang
keduanya, kalau kita minat dengan kerja kita, walaupun orang nampak teruk tapi
sebab kita minat (maka) pada kita tak teruk kerja tu. Tak ada masalah.
MINAT KEPADA
KERJA ITU PENTING
“Ok
Alhamdulillah. Dia begini. Maknanya, kalau kita minat kerja kita, tak ada rasa
letih. ‘Supplement’ saya tak makan apa-apapun. Hanya bila saya tidur, bila
dalam kereta saya boleh tidur, saya tidur.
“Tapi
ada masa-masanya saya nak tunjuk kepada pemandu saya yang saya boleh bawa
kereta, saya pandu kereta. Kadang-kadang saya bawa kereta tengah malam,
sendiri. Pokoknya, kalau kita sukalah, ia tak ada jadi masalah.
“Suka,
riang, ketawa, ada masa susah hati, tak apalah, kemudian tu kita ketawa balik.
Itu petuanya. Maknannya, kita ni kena bertindak positif. Itu mustahak. Tak ada
masalah yang tak boleh diselesaikan. Semua masalah boleh selesai. Yang
menyelesaikan masalah ini ialah masa.
“Buat
masa ini saya tinggalkan (seketika, pengajian undang-undang). Sayapun ‘study’
bukan macam orang – tengah malam seorang-seorang, dak. Saya ‘study’ tengah
(orang) ramai. Sedang ‘sign’ fail saya ‘study’, borak-borak dengan
kawan-kawanpun saya ‘study’, hisap cerutpun saya ‘study’.
“Saya
nak bagi tahu, daripada 16 kertas saya (telah ambil) periksa, 14 A , 2 A-. Semua
A. InsyaAllah, ada 10 lagi, kalau semua A saya (akan) dapat 1st
Class. Dan saya akan diberi ‘exemption’ untuk buat ‘Masters’, saya akan terus
buat PhD. Ini dah tiga (3) minggu saya tinggalkan.
KADANG-KADANG ‘STRAIGHT
FIGHT’ LAGI BAGUS
“Kita
jangan kira sangat. Daripada segi teori, tiga (3) penjuru orang ini ada
kelebihan sebagainya… Tidak juga. Kalau kita ambil di Pelangai tu, kata tiga
(3) penjuru –
Barisan,
Pakatan Harapan, dengan PAS. Ianya memecahkan undi semua orang, termasuk undi
Barisan Nasional.
“Kadang-kadang
‘straight fight’ lagi bagus. Ha, itu kita nak fikir. Contohnya, kata
misalannya, pengundi Cina tak undi Barisan, tinggal pengundi Melayu, pengundi
Melayu pecah tiga pula, susah”.
“Kita beginilah. Dalam keadaan politik sekarang ini yang bergolak, yang bergelora ini; dapat memerintahpun cukup. Dapat memerintahpun cukup. Two-thirds itu kemudian. Kalau dapat two-thirds itu, bonus. Kalau langsung pembangkang tak ada, itu atas daripada bonus…” – Khabar
“Kita beginilah. Dalam keadaan politik sekarang ini yang bergolak, yang bergelora ini; dapat memerintahpun cukup. Dapat memerintahpun cukup. Two-thirds itu kemudian. Kalau dapat two-thirds itu, bonus. Kalau langsung pembangkang tak ada, itu atas daripada bonus…” – Khabar