serta,
'crowd puller' selebriti sukan negara, Dato’ Lee Chong Wei.
KEMESRAAN BAK ABANG-ADIK... Ketibaan Tun Mohd Khalil, 81, disambut mesra oleh Dato' Sri DiRaja Adnan.
KAMPUNG SIMPANG
PELANGAI, PELANGAI, BENTONG – Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Pelangai
telah menerima kejutan ria (pleasant surprise) dalam tempoh 5-hari berkempen Pilihanraya
Umum (PRU)-14 ini, dengan kunjungan tanda sokongan daripada TYT Yang Dipertua
Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob;
Selain
daripada tokoh-tokoh politik dan perniagaan terkemuka, masing-masing Tan Sri
Shahrir Samad dan Tan Sri Tony Fernandes; serta, penarik minat khalayak (crowd
puller) selebriti sukan negara, Dato’ Lee Chong Wei.
Tun
Mohd Khalil tiba petang Isnin, 30 April ketika Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob – yang juga penyandang serta calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN
ini, berehat seketika di perkarangan surau Balai Polis Manchis, dekat sini.
Ini
setelah Dato’ Sri DiRaja Adnan selesai menyempurnakan Majlis Ramah Mesra
Bersama-sama Warga JabatnPenerangan Malaysia Negeri, Komuniti Malaysia Negeri,
dan Masyarakat Orang Asli Daerah Bentong di Dataran Pelangai pada sebelah pagi
dan tengah harinya, di sini.
Rehat
beliau di situ – termasuk menunaikan solat jamak/qasar Zohor/Asar; ialah
sementara menunggu program seterusnya pada kira-kira 5 petang, ke Padang,
Rancangan Tanah Felda Sungai Kemahal bagi menyertai perlawanan bolasepak ‘fancy
dress’ mewakili pasukan anak-anak muda Rancangan Tanah Felda di situ menentang
pasukan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
TANPA PROTOKOL
KETAT, DUDUK BERSILA DAN BERSEMPUH
Tun
Mohd Khalil – juga bekas Menteri Besar selama 13 tahun (1986 – 1989), yang tiba
di perkarangan surau itu (tanpa iringan polis trafik yang selayak padanya),
disambut mesra oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan;
Sebelum
menyilakan Tun Mohd Khalil ke dalam ruang santai surau, dengan kedua-duanya tanpa
kekok, duduk bersila dan bersempuh; sebelum dihidangkan juadah yang tidak
sepertinya termasuk minuman air kelapa muda.
Dalam
perbualan mesra kedua-duanya, Tun Mohd Khalil turut memberitahu Dato’ Sri
DiRaja Adnan yang beliau sebelum itu telahpun singgah di bandar Bentong bertemu
penyandang dan calon Parlimen Bentong, Dato’ Sri Liow Tiong Lai.
Beliau
juga sempat singgah di kawasan DUN Sabai dalam perjalanannya ke sini. Dan
menurutnya, secara kebetulan, pemandu kereta rasminya dikenali sebagai Rajan,
ialah adik ipar kepada calon BN di situ, Dato’ R.Goonasekaran.
Kunjungan
ini berlangsung kira-kira sejam sebelum Tun Mohd Khalil berangkat lepas, dengan
destinasi seterusnya ialah Kuantan.
SATU UNTUK ALBUM, BUAT KENANG-KENANGAN... Selain kedua-dua Tan Sri Mohd Khalil dan Dato' Sri DiRaja Adnan; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah adik kepada Dato' Sri DiRaja Adnan iaitu Dato' Zabidi (tujuh dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), Dato' Indera Abdul Rahim Ali (empat dari kanan);
Ahli Jawatankuasa, UMNO Bahagian Bentong, Dato' Sri Khairuddin Yaakob (enam dari kiri), Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar, Encik Kamarul Iskandar Nordin (lima dari kiri), Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Dato' Abdul Wahab Mohamad Ali (empat dari kiri), dan Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Dato' Ahmad Jaafar (tiga dari kanan).

BERGU GANDINGAN
DATO’ SRI DIRAJA ADNAN/DATO’ LEE CHONG WEI
Pada
hari ini pula, Rabu, 2 Mei, DUN Pelangai menerima kunjungan tiga (3) tokoh terkemuka
negara iaitu Tan Sri Shahrir, Tan Sri Tony dan Dato’ Lee.
Tan
Sri Shahrir yang juga Pengerusi Felda, hadir di Dataran Pelangai pada sebelah
pagi dan tengah hari bersempena Majlis Ramah Mesra Bersama-sama Kepimpinan
Masyarakat Felda Wilayah-wilayah Mempaga, Jengka dan Kuantan, serta, Risda dan
Felcra DUN Pelangai.
Manakala
Tan Sri Tony yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat penerbangan tambang
murah Kumpulan AirAsia Bhd hadir bersama isteri sebelah petang pada majlis pemain nombor satu
badminton negara, Dato’ Lee bersama-sama peminat di Dewan Orang Ramai di sini.
Yang
turut hadir pada majlis ini ialah Dato’ Sri Liow, juga Dato’ Sri DiRaja Adnan yang
tiba kemudiannya. Dato’ Lee turut mempamerkan kehebatan permainannya pada
perlawanan persahabatan, termasuk bergandingan bergu dengan Dato’ Sri DiRaja
Adnan.
Dan
khalayak ramai yang hadir dalam kalangan penduduk tempatan, kelihatan gembira
serta terhibur dengan apa yang dapat mereka saksikan di tempat mereka sendiri
pada petang Rabu ini.
PEMIMPIN NEGERI DAN JAGUH BADMINTON NEGARA...
BERGU GANDINGAN ISTIMEWA PETANG RABU INI... Dato' Lee sedang membuat pukulan 'return' ketika berpasangan bergu dengan Dato' Sri DiRaja Adnan.
PERBUALAN TEPI GELANGGANG... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan berbual sesuatu dengan Tan Sri Tony yang turut diiringi oleh isterinya yang berasal dari Korea Selatan dikenali sebagai Chloe.
'REAL CROWD PULLER'... Khalayak ramai termasuk Dato' Sri DiRaja Adnan (depan sekali, membelakangkan kamera) sedang menyaksikan pertarungan perseorangan melibatkan Dato' Lee. – Khabar