“Kepada rakyat
negeri Pahang berbilang kaum – tua, besar, kecil sebagainya; saya ucap terima
kasih dan saya minta ampun maaf kalau salah silap dalam saya menjalankan pentadbiran
selama ini,” kata perpisahan bekas Menteri Besar Pahang ke-14
NASIHAT KEPADA PENGGANTINYA... Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Wan Rosdy kelihatan sedang berbincang sesuatu sebaik selepas Istiadat berkenaan. Yang turut kelihatan di belakang ialah Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Indera Shamsulbahri Ibrahim.
BALAIRUNG SERI,
ISTANA ABU BAKAR, PEKAN – Bekas Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob menyatakan terima kasih dan memohon ampun maaf kepada seluruh rakyat
Pahang jika ada apa-apa kesilapan yang dilakukannya selama mentadbir negeri yang
akan genap 19 tahun pada 25 Mei ini.
“Kepada rakyat
negeri Pahang berbilang kaum – tua, besar, kecil sebagainya; saya ucap terima
kasih dan saya minta ampun maaf kalau salah silap dalam saya menjalankan pentadbiran
selama ini,”
katanya dalam nada sebak.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas berakhirnya Istiadat
Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar
dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) petang Selasa, 15 Mei di sini.
Pada
Istiadat yang disempurnakan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang yang diiringi KDYTM
Tengku Puan Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail (BN – Jelai) telah dilantik
sebagai Menteri Besar ke-15, mengantikan Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Lapan
(8) yang lain pula dilantik sebagai Ahli MMK Negeri yang terdiri daripada Dato’
Sri Mohd Sharkar Shamsuddin (BN – Lanchang); Dato’ Sri Shahaniza Shamsuddin (BN
– Kuala Sentul); Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN – Kerdau);
DIKERUMUNI WARTAWAN... Atas sifat mesranya dengan wartawan tempatan, ada dalam kalangan wartawan khususnya wanita; kelihatan mengesat air mata tanda kesedihan atas tamatnya perkhidmatan Dato' Sri DiRaja Adnan yang kepada mereka, tanpa diduga.
Awalnya, wartawan menjangkakan Dato' Sri DiRaja Adnan akan mengekalkan jawatannya untuk penggal kelima, ekoran kejayaan memenangkan BN Negeri pada Pilihanraya Umum (PRU)-14 dan pula dengan landskap politik negara yang berubah sepenuhnya dengan Kerajaan Pusat dikuasai Pakatan Harapan, begitu juga negeri-negeri lain kecuali Pahang dan Perlis. Namun, jangkaan itu meleset.
LAPAN (8) ADUN
DILANTIK MENJADI AHLI EXCO
Dato’
Sri Norol Azali Sulaiman (BN – Guai); Dato’ Sri Johari Hussin (BN – Tioman); Dato’
Nazri Ngah (BN – Pulau Tawar); Encik Abdul Rahim Muda (BN – Lepar) dan, Dato’
Mohd Fakharuddin Arif (BN – Bebar).
Pelantikan-pelantikan ini sepertimana diumumkan oleh Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato' Sri Wan Wahid Wan Hassan, ialah bagi tempoh dua (2) tahun atau satu tempoh yang akan ditentukan oleh Paduka Baginda Tuanku.
Berikut
disiarkan secara ‘verbatim’, hasil temubual Dato’ Sri DiRaja Adnan dengan
wartawan tersebut;
“Saya
bersyukur ke hadrat Allah kerana pada hari ini, selesai pelantikan YAB Menteri
Besar Pahang dan YB Ahli Exco dan saya berasa syukur ke hadrat Allah kerana
pengganti saya adalah Dato’ Sri Wan Rosdy, Ahli Exco yang telah berkhidmat di
bawah saya selama dua (2) penggal.
“Beliau
seorang yang jujur, amanah dan ikhlas dan saya percaya, pentadbiran negeri akan
dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Saya selaku bekas Menteri Besar
memberikan sokongan padu kepada pentadbiran Dato’ Sri Wan Rosdy dan kalau ada
ruang yang saya boleh bantu beliau, saya akan bantu, insyaAllah.
Mengenai
perancangannya selepas ini, kata Dato’ Sri DiRaja Adnan;
TAK PERNAH
MERANCANG
“Seumur
hidup saya saya tak pernah merancang – jadi ADUN ker, jadi Exco ker, jadi MB…
Sampai saya bersara, saya tak pernah merancang. Jadi terserahlah kepada keadaan.
“Mungkin
saya boleh main peranan sikit dari segi hubungan dengan Kerajaan Persekutuan
sebab semalampun, saya dapat mesej daripada pihak Kerajaan Persekutuan bersedia
untuk membantu.
“Tapi
yalah, Menteri Besar, Menteri Besar baru jadi saya akan gunakan peluang itu
untuk membantu Menteri Besar yang baru, insyaAllah.
“Kita
perlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan sebab kita perlukan
peruntukan-peruntukan, projek-projek… Jadi, kita perlu ada hubungan baik dengan
Kerajaan Persekutuan. Mungkin saya boleh menyumbang ke arah itu, insyaAllah. Membantu.
Berkaitan
soalan wartawan tentang kononnya, saiz MMK yang kecil pula, katanya:
TIME TO BOW OUT GRACEFULLY
“Bukan
soal portfolio dikecilkan. Seorang ahli Exco boleh pegang empat (4) portfoliopun
boleh.
“Sekarang
ini, KDYMM Pemangku Raja Pahang mengambil keputusan untuk melantik lapan (8) orang
dulu, selama dua tahun. Kemudian itu, mungkin ada penambah-baikan lagi yang
boleh dibuat, insyaAllah.
Kepada
soalan wartawan tentang kemungkinan ada sebab tertentu beliau tidak dilantik
semula, katanya;
“I
don’t think so because, I have been around for so long. So it’s about time for
me to bow out gracefully.
“I
don’t see any reason whatsoever, any particular reason for my not being
appointed, re-appointed as the Chief Minister. It is the prerogative of the
Regent. It’s up to him to appoint whoever he desires.
BUKAN MASA BEDAH-SIASAT
Kemungkinan
pula beliau mengetahu tentang perkara ini terlebih awal, katanya;
“Saya
tahu awal… takkan saya tak tahu, takkan saya tak tahu. Saya ambil keputusan datang
‘to show the support to the new Menteri Besar. Saya tahu awal.
Atas
kapasitinya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri dan Pengerusi, Badan
Perhubungan UMNO Negeri dan responnya tentang usaha bedah-siasat;
“Kita
semalam, bermesyuarat MKT. Kita ambil keputusan hal-hal bedah-siasat,
sebab-musabab itu kemudian. Kita nak kukuhkan parti dulu.
“Kalau
nak kira bedah-siasat ini, ada 1,001 sebab kenapa kita kalah, dan 1,001 cara
kita boleh bangkit balik. Ini bukan masanya untuk bedah-siasat, menuding jari
kepada sesiapa. Yang penting kita kukuhkan parti. Dan kita akan sesuaikan
keadaan, insyaAllah.
“Saya
ingin mengambil kesempatan untuk merafak sembah, junjung kasih ke sisi Tuanku
Sultan atas perkenan Baginda selama ini saya berkhidmat di bawah Baginda.
“Dan
saya ucap tahniah kepada Menteri Besar yang baru dan juga ahli-ahli Exco yang
baru dilantik dan saya percaya mereka akan dapat menunaikan tanggungjawab
selaras dengan Titah DiRaja yang telah disampaikan oleh Pemangku Raja Pahang
sebentar tadi”. – Khabar